Kenapa selalu tak cukup duit?


Adakah anda selalu ditimpa nasib malang?
Bila duit tidak mencukupi tiba-tiba kereta rosak.
Bila sibuk tiba-tiba banyak lagi kerja datang.
Bila tertekan dengan kerja balik rumah lagi tertekan dengan perangai ahli keluarga.

Ini berkemungkinan berkait rapat dengan apa yang kita fikirkan.
Jika kita berfikir duit tidak mencukupi, ia akan membawa kepada peristiwa duit tidak cukup.
Apa yang berlaku didalam kehidupan seharian kita adalah berkait rapat dengan apa yang kita rasakan.
Jika perasaan negatif sebab duit banyak habis, ini akan membawa kepada banyak lagi duit dikeluarkan.
Gaji habis dan tiba-tiba datang pula bil tertunggak.
Saya tahu bukan mudah untuk kita berfikiran positif jika duit dalam bank hanya ada RM2.83 (selepas tolak GST!).
Duit adalah satu keperluan. Ia bukan kehendak.
Walaubagaimanapun, jangan sekali-kali jadi hamba duit.
Saya juga suka duit tetapi bukan terlalu obses.
Kita perlu menyukai duit kerana jika kita suka ia akan datang kepada kita.
Cara untuk memberi elemen positif jika terasa tiada duit ialah dengan BERSYUKUR.
Sebenarnya bersyukur walaupun sedikit. Insyallah rezeki yang tidak disangka akan datang.
Bersyukur bukan hanya keluar dari mulut tetapi perasaan. Lahirkan perasaan gembira dengan duit yang sedikit.
Elakkan terlalu memikirkan tentang keadaan negatif ekonomi semasa, kenaikan harga barang, rasuah berleluasa atau matawang jatuh. Kita boleh ambil tahu tetapi jangan sampai ia menyebabkan kita sakit hati. Ia akan menyebabkan perasaan negatif dan duit akan menjauhi kita.

Jika susah hendak gembira cuba bayangkan orang lain yang lebih teruk kedudukan kewangan.
Mereka yang diberhentikan kerja serta merta, sekurang-kurangnya kita masih bekerja.
Mereka yang langsung tiada job/business berbulan-bulan,sekurang-kurangnya kita masih ada job.
Mereka yang kemalangan atau kecurian sehingga menyebabkan kerugian besar, sekurang-kurangnya kita masih ada sedikit harta.
Pendatang asing yang meninggalkan keluarga kerana hendak mencari rezeki di negara kita.

Jika bersyukur kita akan gembira. Perasaan gembira ini akan menyebabkan kita berasa amat berterima kasih dan positif.
Seperti yang kita sedia maklum, bersedekah lah walaupun sedikit.
Cuba amalkan perkara konsep ini dan lihatlah hasilnya.

Jangan terlalu fikirkan benda yang kita tak suka kerana ia akan menyebabkan lebih banyak perkara yang kita benci berlaku pada kita.
Focus on what you want not what you don’t want.

Saya kongsi ilmu bersama dengan para delegasi di sesi LAW OF ATRRACTION (LOA).
Tqvm Thomvell International.


ps: Saya minat Madonna, dia banyak duit. LOL

 

Hubungi  talian 0193290397 atau 0124733545 atau 0194432763

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com