Kursus Imej untuk Pegawai RELA dan teknik makan mee kari ketam!

Pegawai RELA adalah mereka yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan kita tetapi ada juga yang keliru dengan tugas anggota RELA. Mereka bukanlah sekadar menjaga kenderaan waktu majlis keraian sahaja tetapi meliputi tugas yang lebih besar. Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai tugas-tugas pegawai RELA atau menyertainya, boleh click disini.

Tugas-tugas yang pelbagai memerlukan mereka berinteraksi dengan ramai orang, oleh itu latihan berkenaan imej dan protokol telah diadakan. CuteCarry telah dilantik sebagai penceramah imej dan protokol untuk satu sesi yang telah diadakan di Pusat Latihan RELA di Sungai Udang, Melaka.

PEgawai-pegawai yang menyertai kursus ini adalah lantikan tetap skim RELA. Thank you guys.. See you again!


CuteCarry telah diberikan kemudahan pemandu oleh pengurusan RELA. Didalam perjalanan balik, CuteCarry sempat singgah makan Mee Kari Ketam disalah sebuah gerai berdekatan dengan Tol Simpang Ampat.

Adakah anda dapat bayangkan bagaimana untuk makan ketam dengan sudu dan garfu? Memang agak susah kan, tambahan pula bila ketam tersebut dihidangkan didalam mangkuk mee kari. Baru sahaja CuteCarry melatih etika makan kepada pelatih RELA dan kemudian terus makan ketam depan orang ramai. Rahsianya ialah kita boleh gunakan sudu dan garfu tetapi kena ada teknik tersendiri. Ingat, jangan letakkan kulit ketam diatas meja, minta pelayan sediakan satu pinggan kosong untuk kita letakkan kulit ketam tersebut. Baru ada class!!! (walaupun makan di gerai tepi jalan je.class tetap dijaga, you can’t buy class my dear, it is priceless!!)

Berminat menganjurkan kursus di tempat anda? Boleh call 019-3290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau klik disini