BRANDING ITU PENTING- NASI LEMAK SPIDERMAN
11 Februari 2016Kes tersalah tulis nama organisasi….
15 Februari 2016Ada komen-komen dalam media sosial mengatakan bahawa itu fesyen baru perempuan pakai seluar.Ini bukan fesyen songket dengan seluar tetapi Pakaian Puteri Perak. Ia telah digayakan sejak zaman berzaman. Kemungkinan besar yang memberi komen kurang pengetahuan mengenai sejarah dan budaya.
Saya adalah penggemar sejarah dan budaya dan kerana itulah saya amat suka melancong ke tempat-tempat yang mempunyai kesan sejarah dan budaya yang tinggi. Alhamdulillah dapat mengembara ke negara-negara seperti di Eropah, Amerika sehingga ke Afrika, Timur Tengah dan Asia. Jika siapa yang ikuti instagram dan facebook CuteCarry saya mesti tahu yang saya amat suka melancong. Ini bukan bermakna saya tidak tahu berkenaan budaya negara sendiri.
Jika kita rajin mengkaji sejarah dan budaya, kita akan lebih hormat menghormati dan akan kagum dengan keindahan budaya dan sejarah. Jangan juga menjadi penjaga moral mengkritik tentang moral atau batas pemakaian orang lain sedangkan diri pun tak sempurna. Jika rasa sempurna cuba lihat keluarga kita, adakah mereka berpakaian moral sempurna. Jika semua keturunan sempurna, adakah itu memberi kita lesen untuk mengkritik orang lain melalui komen laman sosial (dan mungkin tunggu orang like komen atau bersetuju dengan komen!).
Saya juga selalu bercerita mengenai pengalaman mengembara didalam dan luar negara ketika bersama dengan peserta. Peserta akan lebih memahami jika mereka pernah merasai seperti kakitangan di Genting View Resort. Saya ditugaskan untuk mengendalikan kursus Pengurusan Pelanggan. Kebanyakan mereka telah bekerja dengan pelbagai jenis pelanggan yang datang dari banyak negara.
Ketenangan bila berada di Genting View Resort.
Nice room. Loved the colours!
Maklumbalas positif.
Ingin menganjurkan program ditempat anda?
Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia. Hubungi talian 0193290397 atau 012 473 3545