Protokol dan Etiket Sosial bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

CuteCarry telah diberi kepercayaan untuk membuli  mengendalikan kursus untuk pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Ia adalah  kursus Protokol dan Etiket Sosial yang telah dilaksanakan selama 3 hari dan 4 malam! Lama juga tetapi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang hasil daripada perbincangan CuteCarry dan urusetia, semuanya happy! Tak percaya? Sila tengok gambar mereka di bawah ketika akhir kursus!

Gembira semua kan? Kursus telah diadakan di Regency Tanjung Tuan, Port Dickson.  Peserta terdiri daripada seluruh Malaysia,seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan sebagainya termasukkan daripada ibu pejabat di Putrajaya. Jawatan pun pelbagai daripada Pegawai Tadbir Diplomatik , Pensyarah sehinggalah kepada Pembantu Am Pejabat dan pemandu. Tetapi semua adalah setaraf dan setara pada kursus itu.CuteCarry tidak lantik ketua dan sebagainya!


Kursus Protokol dan Etiket Sosial ini juga dimasukkan pelbagai elemen yang sinonim dengan kursus anjuran CuteCarry iaitu ABC  (Appearance, Behaviour dan Communication. Anda mungkin dah biasa membaca berkenaan dengan ketrampilan diri dan protokol tetapi kali ini Cutecarry juga masukkan elemen Communication yang termasuk Komunikasi Tanpa Perbualan (Non Verbal Communication).

Untuk melaksanakan ini, bukanlah teori semata-mata tetapi melibatkan juga game yang dibuat di tepi pantai. Game ni memang best kerana ia menunjukkan bagaimana elemen komunikasi juga perlu melibatkan bahasa badan yang pelbagai agar setiap maksud dapat disampaikan.

CuteCarry juga telah memberi satu task agar mereka menganjurkan majlis makan malam setelah kita penerangan mengenai teori pada siangnya. Peserta adalah sekitar 40 orang dan ada diantaranya yang sudah biasa dengan penganjuran majlis dan ada diantaranya kurang pengalaman. So, Cutecarry bahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dipertanggungjawabkan untuk satu jawatankuasa. Hasilnya amat menakjubkan iaitu persediaan majlis  makan malam yang sangat hebat, siap dengan kad jemputan dan persembahan.Semuanya dibuat dalam masa kurang dua jam!

Pada malam itu juga CuteCarry adalah praktikal untuk fine dining, daripada bagaimana untuk memegang garfu sehinggalah melipat napkin.

CuteCarry juga turut menjemput make up artist Joey Make Over untuk praktikal make up.

CuteCarry juga telah mengadakan pengucapan awam dan pemilihan pengucap awam terbaik  telah dilakukan. Anugerah-anugerah lain pada hari akhir adalah seperti kumpulan terbaik dan juga peserta paling popular (undian pembaca ye…very the Anugerah Bintang Popular dan pemenangnya ialah seorang UstaZ!!! Kelas………)

Thank you semua. I love you!!!

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling individu dan juga kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.

List kursus anjuran CuteCarry ialah:-

  • Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
  • Ketrampilan Diri
  • Protokol dan Etiket sosial
  • Protokol Majlis Rasmi
  • Pengendalia majlis dan acara
  • Komunikasi
  • Pengurusan Pelanggan
  • Pengucapan awam
  • Pengacaraan (emcee)
  • Penulisan Teks
  • Persekitaran dan Amalan  5 S
  • Motivasi
  • Pengurusan Kewangan Peribadi
  • Kepimpinan
  • Pengurusan  dan Kecermelangan Pentadbiran
  • Kecemerlangan penyeliaan
  • Pemikiran Kreatif


THANK YOU TO FAIZAL ZAINAL, SALAH SEORANG PESERTA FOR THE PHOTOS.FOR MORE PHOTOS, BOLEH LIKE FAN PAGE CUTECARRY.