(Stylegasm): Bila tersalah pakai kasut jadi “trendsetter”

Minggu ini adalah minggu yang sangat sibuk,bolehlah diiktiraf sebagai “Minggu Sibuk Sedunia”. CuteCarry berada di 4 negeri dalam masa kurang 5 hari. Kesibukan ini adalah kerana jemputan menyampaikan talk dan mengendalikan grooming workshop. Pada hari minggu pun ada kerja. Kemungkinan kerana terlalu sibuk atau mamai sebab letih, CuteCarry bangun pagi, pakai baju seluar segala dan berlari ke rak kasut, pakai kasut dan hasilnya..

Adidas sebelah kanan dan Puma sebelah kiri. Colour blocking kasut!!!

Sebenarnya Cutecarry bercadang memakai black TopMan sneakers tetapi otak dah berfikir macam-macam, terus pakai warna-warna tropika alam ini. Bila tengah drive tertengok kasut, alamakkkkkkkkkkkkk……. apa ni.

Tetapi CuteCarry kena menghadiri satu event (appearance job), so dengan confidentnya..turun kereta, jalan dengan tegak dan terus buat seperti biasa. Senyum and pose untuk kamera. Seperti yang dijangka, kasut memang menjadi tumpuan. Tetapi bukanlah komen negatif yang diterima tetapi antara maklumbalas yang diterima ialah:-

“is it new trend?”…

“CuteCarry cantik kasut”

“Fesyen ke?

Mula-mula CuteCarry tak tahu nak cakap apa tetapi terus dengan bangganya cakap “oh..its colour blocking… you know how much I luv colour blocking!”

FORTUNATE INCIDENT.

Kepada yang datang event yang dimaksudkan, sekarang anda tahu sebenarnya CuteCarry tersilap pakai kasut.

CuteCarry wearing green Puma. .

Tetapi ingat, CuteCarry pernah terbaca jika pakai kasut lain-lain sebelah, mewarisi kepapaan.

Want more of my style? Untuk khidmat konsultasi grooming CuteCarry (samada individu, swasta atau kerajaan boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397 atau click here