Panasnya Perlis. Itu sahaja yang saya mampu katakan ketika berada di Perlis untuk mengendalikan kursus di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Kala ini mungkin ada diantara kita yang mengadu dijangkiti pelbagai penyakit ketika cuaca panas ini. Izinkan saya berkongsi pengalaman bila rakan saya diserang stroke haba. Panas-panas ni teringat satu peristiwa.
Ia berlaku ketika kami bercuti di India yang ketika itu didalam musim panas. Hari pertama menjejaki Incredible India memang saya amat teruja. Maklumlah saya ini peminat sejarah dan disini terlalu banyak sejarah yang membuatkan saya terlebih gembira. Kami berjalan disekitar Delhi (di sini ada New Delhi dan Old Delhi) didalam cuaca panas. Sehari suntuk berada didalam cuaca panas dan rakan saya mengadu sakit kepala ketika kami sampai di hotel.
Ingatkan ia hanya sakit kepala biasa dan mungkin tidur dapat menghilangkan sakit kepala tersebut. Malangnya sekitar jam 3 pagi rakan saya mengejutkan saya dan mengadu dia mengalami sakit kepala melampau seperti migrain. Badan beliau telah mula berpeluh dan suhu badan panas seperti orang demam. Saya memberi dia panadol tetapi ia tidak memberikan kesan. Doktor segera di hubungi dan sementara menunggu doktor datang ia adalah antara setengah jam paling lama dalam hidup saya. Saya mengambil tuala panas dan meletakkan diatas kepalanya.
Dia seakan-akan ingin tidur tetapi saya risau dan cuba berbual dengannya dan antara dialog saya ialah:-
” Jangan mati dulu, kita tak pergi Taj Mahal lagi”
Itu adalah lawak (lawak kasar) untuk buat kawan saya ketawa. Pheww….lega kerana dia ketawa. Jika dia tidak ketawa memang satu perkara buruk berlaku.
Doktor sampai dan menyatakan bahawa kawan saya mengalami heat stroke dan jika dibiarkan mungkin boleh membawa maut.
Jika ada diantara anda mengalami simpton diatas atau badan berpeluh, jantung berdegup dengan cepat dan keletihan melampau segeralah masuk ke dalam bilik atau kawasan sejuk yang mempunyai penghawa dingin. Jumpa doktor secepat mungkin. Basahkan kepala dengan air sejuk dan cuba rehatkan diri. Stroke haba amat bahaya!
Walaubagaimanapun, saya masih sihat ketika berada di Perlis. Terima kasih semua warga Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin kerana melayan saya dengan baik. Siap ada banner besar lagi.
Saya disini selama dua hari untuk kursus
Grooming untuk pelajar Diploma Setiausaha Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.
Thank you very much girls and a boy.
Seminar Pengukuhan Personaliti dan Pemantapan Prestasi
Wearing stripe Jean Paul Gaultier x Target from Melbourne.
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0124733545 atau 0194432763
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
ps: Rakan saya masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang. Kami ke Taj Mahal. Best.
CuteCarry di Taj Mahal. Rakan saya yang kena heat stroke tu tolong snap gambar ni.
Leave a Reply