Tips Temuduga: Pening kepala temuduga graduan muda Generasi Y.
4 June 2015Hotel umpama rumah Hobbit di Cameron Highlands!
16 June 2015Bengkel Asas Protokol dan Imej bagi Pegawai Pengiring dan Penyambut Tetamu untuk Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diadakan di Melaka. CuteCarry telah dijemput untuk mengendalikan kursus ini. Jika perkataan bodoh digunakan untuk apa-apa berkaitan dengan majlis yang berprotokol, memang gagal majlis tersebut. Bodoh adalah satu perkataan yang negatif tetapi di Melaka lain pula. Mee Bodoh Melaka yang popular.
Pemilik perniagaan mee ini tidak bodoh kerana dilihat daripada kesanggupan pelanggan yang beratur, dia memang genius. Mee ini digelar Mee Bodoh kerana ia kosong, tiada apa-apa rencah. Jika hendak rencah, kita perlu beratur pula untuk telur goreng dengan sambal yang amat pedas itu. Pelbagai bangsa makan disini. Jika hendak kesini, cuba cari Mee Bodoh Tengkera di Waze. Lokasinya berdekatan dengan Masjid Tengkera. Hanya ada untuk sarapan pagi.
CuteCarry suka makan disini adalah untuk mengetahui apakah keistimewaan sehingga ia amat popular. Untuk sesuatu perniagaan laris, tidak perlu terlalu rumit atau kompleks. Apa yang diperlukan ialah the X Factor. Apakah X Factor Mee Bodoh? Pada pendapat saya ialah rasanya yang ringkas ditambah dengan sambal yang amat pedas dan kicap. Lagi satu… servis yang agak cepat; dibandingkan dengan pelanggan yang ramai. Simple X Factor!
CuteCarry menghabiskan masa bersama dengan peserta bukan hanya untuk belajar tetapi juga bersiar. Kami ke Kuih Keria Limbungan dan Asam Pedas Claypot, destinasi wajib!
Kita order satu dulang, bila dah makan lupa pula bilangan keria yang telah dimakan!
Asam pedas claypot Kota Laksamana.
CuteCarry bersama dengan Kak Naza dan Aida, memakai baju yang dibeli di Dataran Pahlawan pada hari sebelumnya. Walaupun kuat makan, saya tetap kuat shopping baju.
Slot praktikal make up dan penjagaan kulit.
Slot lilitan hijab.
Kursus ini diadakan secara santai tetapi penuh dengan tips-tips supaya peserta tidak mudah lupa. Antaranya ialah penyambut tetamu dimajlis protokol tidak boleh menjadi pasu bunga! Ada yang hanya duduk dan tidak membantu tetamu yang hadir. Ada juga yang kurang arif berkenaan protokol dan menyebabkan tetamu tersinggung. Terlalu banyak kisah telah berlaku!
View from my hotel room.
C for CuteCarry daripada perserta. Terima kasih semua!
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA