home "Inspiration", "Myself", Cultural Appreciation, Travel Berbaju Melayu Lengkap Bertanjak di Binaan Lama Bersejarah Ratusan Tahun.

Berbaju Melayu Lengkap Bertanjak di Binaan Lama Bersejarah Ratusan Tahun.

Where you coming from?”

Me: Malaysia

“Nice, nice dress”

Wahhh terasa  macam selebriti pula di Iran bila orang ramai  yang ajak bergambar  kerana suka sangat dengan baju melayu dan tanjak. They loved the colour and gold and black songket.

Head turner sungguh baju melayu ni.

Bunga mawar di mana-mana dan digunakan dalam masakan, perubatan, kosmetik sehinggalah hiasan

They loved our tradisional outfit, guys! Baju Melayu lengkap bersampin dan tanjak

Negatif lebih banyak daripada positif bila saya menyatakan hasrat bercuti ke Iran. Pelbagai fakta  menakutkan daripada peperangan, tempat yang kotor sehinggalah isu syiah.

Tapi saya positifkan minda dan tempah tiket penerbangan. Saya yakin jika saya positif semua kejadian dan keadaan akan baik.

Ternyata sangkaan baik saya tepat.

Percutian ke Iran adalah yang paling hebat dalam hidup saya. Saya telah menjelajah ke serata dunia dan saya simpulkan Iran adalah hidden gem of the world.

Pink Mosque, Shiraz

Negara Iran tidaklah semundur yang digambarkan media. Walaupun menerima sekatan ekonomi daripada PBB dan US, serta disulami siri-siri peperangan, negara ini tetap teguh. Aktiviti terasa berjalan seperti biasa, bandar teratur dan masih sibuk dengan kegiatan ekonomi dan sosial. Tren bawah tanah pun ada tau. Cuma matawang mereka jatuh teruk. Barang menjadi murah dan kelebihan untuk pelancong.

Iran didiami Parsi dan Arab. Orang Iran memang sangat ramah dan baik. Sekali pun tidak terasa ditipu atau pengalaman kurang enak berurusan dengan orang Parsi.

Berikut adalah gambar sepanjang percutian berada di sana :

Kota Purba Meybod
Naqsh-e Jahan Square Esfahan (dataran terbesar di dunia)
The Gate of All Nation
Makanan di Iran
A view of the Iranian desert city of Yazd
Yazd, Iran
Golstan Palace, Tehran

Speechless sekejap bila masuk dalam Golstan Palace, Tehran, Iran. Istana berusia ratusan ini adalah Warisan Dunia UNESCO.

Salah satu bangunan dalam istana ini dihiasi dengan cermin dan kaca. Masyallah cantik sungguh. Sangat classy.

Tengok LIVE lagi cantik. Video tidak dibenarkan tetapi my guide dapatkan kebenaran khas buat rakaman salah satu bilik dalam istana ini.

Api ini tidak pernah padam sejak 1500 tahun yang lalu. Ia dijaga rapi dan menjadi api suci.

Sebut sahaja majusi, mesti terus teringat sembah api. Tapi bila sampai ke kuil mereka  ni barulah tahu mereka bukan menyembah api.

Kita kenali mereka sebagai Majusi tetapi mereka tidak suka dengan gelaran itu kerana makna tidak baik dalam bahasa Arab. So, jangan sebut perkataan Majusi tersebut depan mereka ye.

Agama ini lebih dikenali sebagai Zorostrian.

Zarashtura atau Prophet Zorostrian dilahirkan di Yazd Iran pada 1767 sebelum masihi. Penganut Zorostrian berada di Iran, India, Azerbaijan, USA dan beberapa tempat lain didunia.

Penganut Zorostrian yang popular ialah Freddie Mercury, Queen iaitu penyanyi lagu Bohemian Rhapsody.

Zorostrian percaya pada satu tuhan.

Penganut mesti sembahyang lima waktu.

Mereka percaya pada elemen tanah, air, angin dan api.

Perkahwinan hanya satu isteri satu suami dan kena kekal sepanjang hidup.

Setiap kali sembahyang atau berdoa mereka akan mengadap cahaya memancar. Sebab itulah ada api dalam kuil mereka yang menyala sejak 1500 tahun yang lalu. Sebahagian api tersebut telah dibawa melalui jalan darat ke India. Sehingga kini api di Kuil Zorostrian di India masih ada… Just remember, mereka tidak sembah api tu!

Saya juga berkesempatan melawat perkampungan Zorostrian yang berusia ribuan tahun untuk merasai pengalaman hidup masyarakat ini.

Turbah adalah ketul tanah liat yang digunakan untuk solat penganut syiah. Setiap masjid dan surau ada disediakan turbah. Ia akan diletakkan semasa sujud.

Turbah yang menjadi pilihan ialah turbah dari tanah di Karbala, Iraq, iaitu tanah kubur Husayn Ibn Ali.

Turbah

Jangan risaulah jika datang ke Iran tapi anda tidak gunakan turbah untuk solat. Orang Iran ok je. Mereka pun tau sunni tidak sembahyang menggunakan turbah.

Tour guide  bangsa Parsi saya kata dia syiah sebab dari lahir telah dididik secara syiah. Tapi dia hormat mazhab lain. Katanya yang kuat gaduh tu extremist.

Orang Malaysia selamat je kat sini walaupun berbeza mazhab. Orang Parsi sangat menghormati orang Malaysia. Pergi tempat orang kenalah hormat, jangan kutuk atau kritik fahaman mereka dan open minded. Kalau tak suka simpan dalam hati dan luahkan di arena yang betul. Kalau asyik fikir orang  lain tak betul dan salah, tak payah la travel mana-mana.  Bercuti lah dalam negeri, cuti-cuti Malaysia. Tapi kut-kut dalam Malaysia pun jenis ni suka kutuk-kutuk juga.

To invite CuteCarry,

0193376807

0389406807

training@cutecarry.com

cutecarry.com

Comments

comments