Hermes di China Capai Jualan $2.7 Juta Selepas Bebas Covid19

Butik Hermes di China telah dibuka semula, kedai utama jenama warisan Perancis di Guangzhou dilaporkan mencapai jualan sebanyak $ 2.7 juta sekaligus setelah baru sehari dibuka semula.

Dikhabarkan ini adalah jumlah kutipan harian yang tertinggi untuk sebuah butik tunggal di China. Pencapaian jualan yang hebat ini juga dapat memberikan harapan dan impak kepada jenama mewah dan industri fesyen dalam proses pemulihan ekonomi dalam beberapa bulan akan datang. Lokasi Butik Hermes yang sebelumnya ditempati oleh Prada, yang berukuran seluas 5,500 kaki persegi.

Dipercayai seorang pembeli yang dikenali sebagai Atomniu, yang mengaku telah menghabiskan $ 142,124 di Hermes. Pembeliannya termasuk beg tangan Birkin 30 buaya hitam, pakaian dan kasut.

 Jadi, kepada penggiat industri fesyen, percayalah ini merupakan petunjuk yang positif terhadap ekonomi negara yang akan pulih seperti sediakala setelah kita menang melawan Covid 19.  InsyaAllah.

p/s : Stay safe at home