CuteCarry taja jersey pasukan bolatampar!
3 Jun 2015Mee Bodoh yang cerdik (Kursus bersama Bengkel Asas Protokol dan Imej bagi Pegawai Pengiring dan Penyambut Tetamu untuk Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia)
5 Jun 2015Generasi Y adalah mereka yang lahir pada tahun awal tahun 1980an sehinggan awal 2000. Terdapat pelbagai pendapat tentang tahun lahir Generasi Y . Memudahkan pemahaman, pada tahun 2015 umur mereka adalah sekitar 20an atau awal 30an.
Saya mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan didalam syarikat saya dan ini adalah diantara perkara ‘pelik’ yang dialami oleh GRADUAN yang berumur awal dan pertengahan 20an. Kelulusan hebat.. CGPA lebih 3.5 tetapi bab komunikasi……ermmm… Ini adalah antara peristiwa pelik tersebut:-
1. Hantar email dengan tajuk ‘ saya hendak kerja’. Itu sahaja.
2. Hantar text dan tanya apakah kerja yang ditawarkan. Erm… tertulis dengan jelas apakah kerja yang ditawarkan.
3. Hantar resume menggunakan email tetapi dalam ruangan content kosong. Tiada apa-apa tulisan, tanpa ayat .. hanya kosong. Adakah mereka ingat ini hantar upload gambar kat instagram atau facebook ke?
4. Gunakan perkataan seperti ‘Sy hdk mtk kerja DgN AbG sb kiteww minattt kereja itewww. HArAp Dpt Trima kiteww’.
Saya tidak pandai bahasa alien dik…. reject!
6. Semasa ditemuduga dia memanggil saya; bakal majikan dan membayar gajinya sebagai ‘Bro’ dan ‘dude’. Ingat saya ini kawan dia ke? Ini bukan minta kerja tepi jalan tau.
7. Call tengah malam sekitar jam 10.30 malam hanya untuk tanya ‘ saya dengar ada kerja kosong, kat mana nak tengok’.
Saya hargai usaha tetapi adik boleh baca maklumat berkenaan kerja tersebut. Effort kena ada untuk cari. Mungkin dia kurang tahu yang kadang kala saya sudah tidur pada jam 10.30 malam.
8. Soalan: You boleh outstation tak?
Jawapan: Boleh..if you pay me I’ll go.
Of course I will pay your mileage claim but please you should know how to answer…like …wisely?
9. Email dan resume yang menunjukkan mereka hanya belajar tahap darjah 2. Penggunaan huruf kecil dan besar yang tidak betul. Anak saudara saya berumur 9 tahun pun lebih arif berkenaan penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
10. Soalan: Boleh tanya tak kenapa you lambat apply jawatan ni ?
Jawapan: Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan lecturer saya.
Wah…jawapan agak sesuatu..
Ingat..there will be only one diva in the house!
Banyak lagi perkara yang pelik tapi sedih. Kenapakah mereka jadi begini? Adakah kerana kurangnya latihan semasa di pusat pengajian tinggi?
Ada diantara pusat pengajian tinggi yang terlalu berkira hendak membayar penceramah luar untuk berkongsi berkenan dengan pelajar mereka. Alasan tiada budget atau membayar dalam jumlah tidak sepadan. Tidak dinafikan, pensyarah memang terbaik memberikan tunjuk ajar tetapi tidak salah menerima perkongsian daripada orang luar.
Saya memang selalu menemuduga calon kerana saya adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik dan pernah menjadi panel temuduga. Pelbagai karenah telah dilihat dan saya suka berkongsi bersama bakal pencari kerja. Kini, saya menemuduga pekerja saya sendiri dan sejujurnya masih terkejut!
Tidak berguna jika CGPA 4.0 tetapi jika kurang kemahiran komunikasi.
Saya telah kongsikan pelbagai tips berkenaan komunikasi dan temuduga bersama Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang. Johor berkenaan perkara ini. Seminar Komunikasi selama sehari ini dihadiri oleh pelajar tahun akhir. Mereka akan menyambung pelajaran didalam dan luar negara dan juga ada yang akan bekerja. Kemahiran komunikasi adalah amat penting.
Best betul bila bersama mereka. Semuanya happening!
Thank you Dr Zaitun dan En Supardi. Dr Zaitun pernah menghadiri kursus IMAGE ABC yg dikendalikan oleh saya di Kuantan suatu ketika dahulu.
Beliau telah menjemput saya pula untuk mengendalikan kursus KOMUNIKASI untuk pelajar-pelajarnya.
Maklumbalas positif yang diambil daripada media sosial. TERIMA KASIH!
Ledang berdekatan dengan Muar. Ini adalah masanya untuk saya berjalan-jalan di bandar yang bersejarah ini.
Mee Bandung Sayang Abang. Lokasi berdekatan dengan Stesen Bas Muar.
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, etiket, penganjuran majlis, motivasi, 5s dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA