Originated from Malaysia
25 September 2020Do’s AND Dont’s during online meeting
25 September 2020Kulit yang kotor permulaan kepada masalah yang serius. Kita mungkin terlepas pandang perkara remeh yang akan merosakkan kulit kita. Tak hilang-hilang jerawat dan lain-lain masalah kulit disebabkan oleh tuala dan sarung bantal yang kotor.
Gunalah pencuci muka dan krim yang paling mahal, masalah kulit akan tetap berlaku jika kurang prihatin berkenaan isu ini.
Selepas mandi, kita akan lap muka dengan tuala. Sanggupkah lap muka dengan fabrik penyebar bakteria?
Setiap hari kita menghabiskan masa berjam-jam tidur. Kulit muka kita pasti terkena sarung bantal. Adakah sarung bantal bersih?
Demi untuk menyelamatkan muka kita, pastikan kerap membasuh dan menukar tuala dan sarung bantal. Rutin yang memberi impak besar pada keterampilan kita.
Geli betul bila dapat tahu orang yang tak tukar sarung bantal.
Lagi tidak boleh terima bila tuala yang dipakai berminggu-minggu malah berbulan tanpa dibasuh. Lepas guna, jemur, lepas guna jemur.
Ewww.
Kebersihan kan sebahagian iman. Pengotor bukanlah sifat muslim yang baik.
Boleh beritahu berapa kerap anda tukar sarung bantal dan tuala?