Teknik memilih nama perniagaan online, bila CuteCarry lebih popular daripada Hafiz Mustapha! (Kursus bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor

Nama adalah salah satu penjenamaan (branding). Ia menggambarkan diri, organisasi dan aktiviti yang dilaksanakan. CuteCarry adalah domain untuk nama syarikat CuteCarry, yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan. Ramai yang bertanya kenapa CuteCarry?

Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai yang lebih mengenali nama CuteCarry daripada Hafiz Mustapha. Jika berjalan di pusat membeli belah ataupun di lapangan terbang kadang-kadang ada yang menjerit “CuteCarry!!!” Scary? Not really..but a not so pleasurable occasion was when someone shouted from a moving car right infront of my house!

Kenapa nama CuteCarry? Kenapa tidak Hafiz Mustapha?

 

CuteCarry sedang melihat nama CuteCarry!

i. Harmoni dan ‘catchy’

Ejaan juga perlulah ada harmoni. Maksudnya ada pengulangan huruf

CuteCarry – ada dua C menjadikan ia senang diingati) tetapi CuteCarry tidaklah sepopular seperti nama-nama dibawah:-
Google –  dua G

BryanBoy – dua B

CocaCola – dua C

Can you see the pattern?

Anda mesti  senang nak ingat Aaron aziz  kerana ada harmoni A dan A!

 

ii. Senang dieja

CuteCarry adalah nama yang senang dieja berbanding Hafiz Mustapha. Jika disebut Hafiz Mustapha, orang akan confuse adalah Hafiz dieja sebagai Hafis atau yang selalu menjadi kekeliruan ialah ejaan my dear father’s name Mustapha. Ramai yang mengeja sebagai Mustafa.
CuteCarry pula mudah dieja. Jika orang keliru, hanya perlu cakap Cute bermakna comel, dan carry bermakna bawa. Btw.. don’t assume that I am so perasan that I am cute ya. It is a brand.  Ia adalah berkenaan dengan beg! (keep reading if you want to find out more)

iii. Ringkas
CuteCarry adalah lebih ringkas dan ejaan pendek daripada Hafiz Mustapha. Jika memilih nama perniagaan online jangan terlalu panjang, nanti susah orang hendak mengingatinya. Janganlah (please -please refrain yourself from…) menamakan blog anda seperti kedaikainfaridanatashahuda.com,wansaripahidayahjalaluddin.com ataupun  mohammadaliazzali.com. I am not against your name but it is not really browser friendly! There is a very big possibility that people mistakenly entered the wrong alphabets and they couldn’t find you.

Think Zalora.com. Sekali dengar dah ingat!

iv. Mudah diingati

CuteCarry lebih mudah daripada Hafiz Mustapha. Sebenarnya blog ini dibuat untuk menceritakan berkenaan dengan beg-beg yang menjadi kegemaran CuteCarry.. I am obsessed with designer bags! Lama kelamaan, blog ini berkembang menjadi fashion blog.
Kenapa nama Yahoo lebih popular untuk mencari maklumat perniagaan daripada laman web business.com? Eh…pernah dengar ke laman web business.com tu?

 

Nama adalah penting untuk menaikkan perniagaan anda.

Percayakah anda CuteCarry tidak pernah menggunakan perkhidmatan pegawai pemasaran/ marketing officer/executive or personnel?

CuteCarry.com is the most reliable (and cheapest)  marketing tools!

Hendak mengetahui lebih lanjut berkenaan bagaimana mempromosikan perniagaan dan mungkin diri anda? boleh jemput CuteCarry ke tempat anda.

Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor  yang mengundang CuteCarry menjadi penceramah untuk kursus 3 hari 2 malam.

So much fun! Mereka adalah orang-orang “teknikal”,engineers dan CuteCarry sangat bukan otak engineers tetapi kita berjaya mengharmonikan keadaan. Sangat best dan menghiburkan.
Ingat.. hidup mesti harmoni!!!