BENGKEL MAKE UP CUTECARRY
16 January 2017FACEBOOK KATEGORIKAN TIPS SAYA LUCAH
19 February 2017Wah… cepatnya masa berlalu dan kita dah melalui bulan pertama 2017. Dah ada azam? Ada tak azam nak tukar kerja baru? Jika ada, anda perlu fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai. Pakaian temuduga perlulah formal, kemas dan ‘korporat’.Kepada peniaga yang selalu berjumpa clients untuk dapat job, anda kena berpakaian seperti mereka. Barulah ada chemistry! (kalau cakap ada kimia lain pula bunyinya).
Bakal Pelanggan atau panel temuduga akan bosan jika dressing anda tidak menepati bidang mereka. Bukan bosan sebab ANDA tak pandai fesyen ye. Jangan salah anggap.
CuteCarry nak share sikit berkenaan pakaian. Boleh cuba tips ni.
KERAJAAN/ KORPORAT
Bidang pekerjaan didalam kategori ini ialah pentadbiran, akaun dan bidang-bidang berkaitan. Bidang ini memerlukan anda bekerja didalam situasi rasmi.
Ada yang berpendapat jika wanita hendak temuduga kerja kerajaan wajib pakai baju kurung. Itu adalah tanggapan yang kurang tepat. Anda juga boleh pakai suit. Tak percaya? Kena percaya sebab saya adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang pernah menjadi panel penemuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Mana ada peraturan kata wajib pakai baju kurung memanjang? Perempuan boleh memakai jaket dengan skirt atau slack.Lelaki saya sangat mencadangkan anda memakai suit. Macam tu lah juga jika anda bertemu pelanggan yang terdiri dalam bidang ini. Kenapa pakai kemeja lengan pendek dengan seluar khakis kasut sport bila meeting dengan pegawai kerajaan? Tak profesional langsung.
.
.
KREATIF/FESYEN
Bidang pekerjaan ini selalunya separa rasmi kepada tidak rasmi. Contoh pekerjaan didalam bidang ini ialah seperti penulis fesyen, wartawan gaya hidup, stylist, perunding imej (ehem-ehem, macam kerja I lah..) ataupun bidang jualan. Pakai lah pakaian yang stylo, gaya terkini tetapi nampak profesional. Jaket berbunga dan skirt panjang untuk wanita nampak sangat cool. Lelaki pula boleh memakai jaket berstruktur jika memohon pekerjaan didalam bidang hiburan. Tetap INGAT, periksa dahulu kod pakaian organisasi tu. Kata kunci ialah PROFESIONAL DAN SOPAN.
.
.
EVENT/OUTDOOR
Bukan semua orang minat kerja dalam pejabat. Ada yang berminat bertugas sebagai perunding majlis (event planner) atau tour guide di dalam hutan! Janganlah berpakaian seperti anda bersedia untuk menaip computer daripada jam 9 sehingga 5. Tunjukkan sisi ‘adventure’ dan aktif anda. Tetapi ingat jangan sampai selekeh. Contoh pakaian yang boleh dipakai ialah jaket bersama slack dan tanpa tali leher. Tetapi ingat, buat research dulu sebelum membuat keputusan untuk pakai pakaian yang kemas tapi selamba ini.
Nak banyak tips lagi? Jangan lupa SHARE post ini. Sharing is caring.
Januari ni seperti biasa bulan yang amat sibuk untuk CuteCarry. Sejurus selepas balik daripada umrah pada pertengahan bulan Januari,banyak jemputan mengendalikan kursus.
Go Professional in Style with CuteCarry.
——-
Best bila dapat bersama Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) muda untuk kursus pertama tahun ini.
Banyak yg saya share, bukan style sahaja tetapi pengalaman. Walaupun saya tak sihat tapi bila tengok ramai macam ni terus sihat!
Tqvmmm semua. U r awesome.
Thank you girl.. comment from young PTD.
CuteCarry di Port Dickson bersama barisan Pemandu FAMA satu Malaysia. Kursus yang dikendalikan ialah Profesionalisme Pemandu.
Kursus PENJENAMAAN IMEJ ABC TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT (TER) BERSAMA CUTECARRY.Layanan kelas pertama saya dapat disini.
CuteCarry and Misty. Jika anda ke sini, jangan lupa singgah untuk naik kuda di TER. Lokasinya ialah berdekatan Masjid Terapung Kuala Ibai.
Harga pun amat berpatutan. Jangan lupa datang, datang jangan tak datang!
Maklumbalas daripada peserta di TER.
Saya juga sempat terjah pejabat-pejabat di Terengganu untuk promosi business saya.
REMPUH je.. jangan ada malu. Penat belakang kira lah kan..
Tahun 2017 adalah TAHUN MELAWAT TERENGGANU dan saya dapat rasakam saya akan banyak kali datang ke negeri ini untuk urusan kerja. Ramai pulak orang Ganu yang minta quotations!
Terima kasih TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT kerana memberi kepercayaan pada CuteCarry. Big thanks to Puan Miza, Puan Bai, En Ridzuan, Pak Halim and EVERYONE!!
CuteCarry bersama Pengurusan Air Pahang (PAHANG) untuk mengendalikan kursus PENGURUSAN STRESS..
Sejurus selepas selesai di Kuala Terengganu, CuteCarry ke Cherating, Pahang.
Me: Can you send it to my room at 8.20pm?
Room service: okay.. I’ll talk to the chef sir..
Tepat pukul 8.20 malam pintu diketuk dan terhidangnya bihun ni. Agaknya dia tunggu depan pintu sambil tengok jam kut. Bagus sungguh layanan.
CuteCarry di Institute For Medical Research (IMR) untuk mengendalikan kursus LAW OF ATTRACTION.
Peserta daripada pelbagai kumpulan, daripada Doktor sehingga kakitangan pentadbiran. I was having so much fun.
Yeay.. I will be back. Insyallah.
Thank you very much to my client Institute For Medical Research (IMR) for this book.
CuteCarry bersama graduan muda untuk mengendalikan kursus Penyediaan CV, Resume dan IMAGE. Mereka sangat happening!!
Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry? Rancang kursus anda di tahun 2017.
Modul boleh diubah mengikut keperluan pelanggan,
Sila klik disini. atau hubungi 019 337 6807 atau 019 329 0397
Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.