Lagu yang paling popular kala ini ialah I AM ME daripada Dato’ Vida. Macam-macam komen yang dibaca didalam media sosial mengenai lagu ini. Ada yang puji dan terlalu banyak yang kutuk.
CuteCarry tegaskan disini ialah I LOVE this SONG. Really.. this is my new favourite song. CuteCarry tiada dapat apa-apa keuntungan pun daripada Dato’ Vida ye. Cuma ini adalah beberapa sebab kenapa juga anda perlu SUKA LAGU I AM ME.
- I AM ME sangat CATCHY
Senang sangat nak hafal kan? Lagu-lagu ni seakan-akan lagu “PPAP (Pen-Pineapple-Apple-Pen) yang masuk Billboard Top 100. Adakah lagu ini akan masuk mana-mana carta antarabangsa? Mungkin tidak mungkin ya tetapi sekarang dah viral satu dunia.
- I AM ME mempromosikan YAKIN DIRI SENDIRI
Lagu ini adalah supaya kita yakin terhadap diri sendiri. Walau apa pun orang kata, we are beautiful menjadi diri sendiri. Kegagalan menjadi diri sendiri menyebabkan kita akan gagal mencapai apa yang dicita.
- I AM ME lagu INSPIRASI
Law of Attractions atau Daya Tarikan adalah satu konsep dimana jika percaya kita sudah mencapai sesuatu, kita akan mencapainya. Oleh itu, setiap kali hendak sesuatu kita perlu cakap pada diri sendiri yang ia telah berlaku. Contohnya, jika hendak kaya, cakap I AM RICH dan bukan I WANT TO BE RICH. Lagu I AM ME telah mengaplikasi konsep ini. Jika tak faham konsep Law of Attractions, boleh google atau call CuteCarry yang buat training ini.
- BENCI tidak akan membawa anda ke mana-mana
Perasaan negatif akan membawa negatif bukan pada orang lain tetapi pada diri sendiri. Jika anda benci pun, tak perlu kutuk. Berdiam diri dan menahan diri daripada meluahkan dalam media sosial. Ignore the things that you don’t like and focus on things that you desire.
- You can’t IGNORE Dato’ Vida
Last but not least, you can hate her, you can like her but one thing you can’t do is to ignore her. Sebab tu lah yang benci pun rajin sangat kutuk.
.CuteCarry bersama Dato’ Vida dan Jerry, jutawan hartanah dan kewangan. Kagum dengan Dato’ Vida, tahan maki, tahan kutukan dan semestinya usahawan berjaya.
Maaf jika lama tak update tentang aktiviti CuteCarry dalam blog ini. Terlalu sibuk dengan tugasan dan memenuhi undangan mengendalikan kursus dan seminar.
CuteCarry juga menjadi I AM ME dengan memakai baju Melayu di Macchu Picchu, Peru salah satu 7 Keajaiban Dunia. Alhamdulillah, tercapai satu lagi hasrat. CuteCarry juga gembira buku Gaya untuk Berjaya telah diterbitkan. Klik untuk beli.
Sempat juga ke Paris.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=ItlwGfeto1E[/youtube]
Enjoy
Berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry?
Modul boleh diubah mengikut keperluan anda.
KAMI PASTI KURSUS INI TIDAK AKAN MENGANTUK DAN PENUH MANFAAT.
Sila klik disini. atau hubungi 019 337 6807 atau 019 329 0397
Testimoni peserta yang pernah hadir kursus CuteCarry klik sini.
Leave a Reply