Hanya Untuk Lelaki! Etiqa Takaful- Towards your Profesional Image
6 June 2014Kursus IMEJ ABC bersama warga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu
19 June 20145s adalah salah satu cabang penjenamaan ataupun branding. Ia bukanlah hanya sekadar persijilan tetapi juga lebih kepada bagaimana sesebuah organisasi berfungsi dengan lebih baik. CuteCarry telah diamanahkan untuk mengendalikan ceramah 5s untuk MRSM Baling.
Ceramah MRSM yang dikenadalikan ini juga melibatkan branding atau penjenamaan. Pada setiap organisasi seharusnya mempunyai penjenamaan agar ia lebih dikenali. Jika kita lihat jenama-jenama di dunia, kebanyakannya mempunyai penjenamaan yang tersendiri.
Projek 5s untuk MRSM Baling ini melibatkan persiapan keseluruhan dan Cutecarry amat gembira kerana diberikan kerjasama yang amat baik daripada guru, pegawai dan kakitangan MRSM Baling.
Konsep 5s CuteCarry adalah korporat (no, I would suggest NOT to look like tadika, bergantung, lekat, parking tidak sepatutnya!) dan juga tambahan 3s lagi iaitu SECURITY, SAFETY & SATISFATION.
Model Cat dinding? Sempat berposing bersama warga MRSM Baling yang gigih bekerja untuk menjayakan 5s.
CuteCarry juga memberi nasihat berkenaan hiasan dalaman.Oleh itu, antara perkara yang dielak oleh CuteCarry ialah agar konsep 5s membuatkan kawasan pejabat ringkas tetapi menarik. Kegembiraan berganda apabila apa yang ingin disampaikan atau dilaksanakan oleh CuteCarry adalah selaras dengan apa yang difikirkan oleh urusetia. Kerja dengan MRSM Baling memang amat mudah!
Good luck and all the best!!
Ini adalah kali pertama CuteCarry berada di Baling dan dimana CuteCarry berada pastinya akan mencuba sesuatu yang istimewa di tempat tersebut. Baling ada satu keistimewaaan iaitu Air Panas Ulu Legong. CuteCarry ingatkan ia hanyalah sekadar tempat rekreasi untuk kita berendam tetapi ia lebih daripada itu.
CuteCarry check in hotel Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong pada jam 3 petang dan ketika itu keadaan agak sunyi, I just wondering how they get business here since there are like lots of stalls selling food. Cuaca panas dan CuteCarry hanya ingin berehat dan agak puas hati dengan kualiti bilik hotel. Harganya, jika tidak salah hanya RM130 semalam. Terlalu berbaloi.
I was all alone, berendam dalam kolam air panas seorang diri. Sebenarnya, kawasan air panas di sini hanya akan meriah ketika waktu malam. Sekitar jam 10.00 malam barulah kelihatan amat meriah dengan pengunjung memenuhi kawasan kolam. Ingatkan sehingga tengah malam sahaja tempat ini akan meriah,tetapi ketika terjaga pada jam 4.30 pagi,CuteCarry masih lihat pengunjung masih berendam dalam kolam air panas!
Good morning air panas Ulu Legong, Baling Kedah.. a very peaceful serene ambience. I wish I can wake up to this view everyday. Klik disini untuk maklumat lanjut berkenaan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.
Orang MRSM Baling juga bawa CuteCarry breakfast nasi kuning. Best!! Gerainya tidak pasti kerana hanya dibawa ketempat ini, tetapi jika tanya orang disekitar pekan Baling rasanya tahu kut!
Ingin mengamalkan konsep 5s di tempat anda?
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini