PERSEDIAAN KERJAYA

Program ini bertujuan membantu peserta membina personaliti dan imej profesional yang berkelas sebagai persediaan memasuki pasaran kerja. Peserta akan diperkasa untuk menguasai etika sosial dan kemahiran komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi profesional. Selain itu, program ini turut memberi fokus kepada peningkatan keyakinan diri agar peserta lebih yakin dalam berinteraksi dan menampilkan diri. Akhir sekali, peserta akan dibimbing untuk membentuk individu yang berkarisma, berpengaruh dan mampu memberi impak positif dalam persekitaran kerja.
