home 5s Pengalaman CuteCarry di sekolah Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (Taman Rashidah Utama)!

Pengalaman CuteCarry di sekolah Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (Taman Rashidah Utama)!

Screen name: CuteCarry

Nama sebenar: XXXX Hafiz XXX XXX Mustapha

Cutecarry sebenarnya tidak berapa pasti maksud Hafiz tetapi dalam bahasa arab mungkin bermaksud penghafaz ataupun penjaga. CuteCarry tidak pasti tetapi didalam sejarah hidup Cutecarry, menyampaikan talk di sekolah tahfiz sangat interesting. CuteCarry telah dijemput untuk memberi talk 5s di Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Senawang, Negeri Sembilan.

CuteCarry memang biasa memberi talk kepada korporat,kerajaan dan pelbagai jenis agensi tetapi ini adalah kali pertama memberi talk di sekolah tahfiz yang independent. Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah memang sangat istimewa kerana pelajaran adalah berteraskan agama. Pelajar disini didedahkan dengan kurikulum yang pelbagai daripada pelajaran biasa dan juga ditekankan dengan agama. Memang makin ramai ibubapa suka menghantar anak mereka ke Maahad Tahfiz, mungkin sebab di sekolah biasa terutamanya di bandar budaya kurang sihat tetapi di sekolah tahfiz dapat membentuk anak berteraskan budaya termasuk menghafal al-quran.

CuteCarry dah khatam quran cuma tak hafal Quran. (Maklumat tambahan: Khatam Quran masa darjah 5!)

Huffaz- plural, hafiz- singular

Mesti ada yang tanya apa bezanya sekolah tahfiz dan sekolah biasa mengikut pandangan CuteCarry. Adakah CuteCarry kena pakai pakaian yang sangat sopan tiba-tiba pakai burqa Afghanistan   . Adakah CuteCarry dapat membiasa diri memberi talk kepada kakitangan dan guru di sana? Apa bezanya?

Jawapan CuteCarry:

Tiada apa beza pun. Sama sahaja dengan organisasi yang lain. Guru-guru dan kakitangan dan guru CuteCarry tidaklah pula rasa kekok dan sebagainya. Yang paling penting semua sangat relax dan happening lah! Best..

Terima kasih semua!

Tetapi paling best lokasi sekolah ini terletak di TAMAN RASHIDAH UTAMA. Masa CuteCarry kecil-kecil dulu ada lagu rock kapak Taman Rashidah Utama, rasanya kumpulan Wings kut. Ingatkan lagu tu hanyalah sekadar lagu tetapi ada tempat yang memang lagu tu!!

Hidup Rock Kapak..eh… I mean..marikah kita berbakti pada sekolah tahfiz ini.

Berminat untuk  menghantar anak atau menderma kepada sekolah ini boleh click disini

Duduk jangan dekat-dekat sangat. Tersentuh ..haram!!!

BTw..Thank u semua! muah-muah -muah (flying kiss je, tak leh dekat-dekat, no laga-laga pipi bukan muhrim!). Tapi memang best dengan diaorang semua!

Yang penting CuteCarry diberi hadiah ini!

Insaf..terus letak kat ruang tamu..

Kepada yang berminat mendapatkan perkhidmatan CuteCarry untuk styling dan juga  untuk korporat seperti  kursus penampilan diri, imej, penganjuran majlis, konsep/persijilan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry.com atau click disini

 

 

 

Comments

comments

Leave a Reply