Sila tick jika anda pernah merasa stress dengan situasi di bawah:-
i. wall facebook penuh dengan status politik mencerca dan anda rasa stress
ii. cuba nak nasihat kawan tapi dia pula menyindir anda dan anda rasa stress
iii. Rakan yang tiba-tiba meroyan walaupun anda tak bersalah dan anda stress
iv. Dikelilingi bos yang sangat negatif dan tiba-tiba anda stress
v. Pakai baju fesyen terbaru atau berlainan sikit orang mengata dan anda rasa stress!
CuteCarry pernah merasa kelima-lima benda itu tetapi ia diatasi sedikit demi sedikit.
CuteCarry telah membeli buku Petua Menangani Stress tulisan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah bersama Haji Muhammad Zakaria di Stesen Minyak Petronas . Hajat hati nak beli mineral water and low fat milk tetapi ternampak buku ini. Memang sangat worth it beli buku ni!
Buku ini menyarankan agar kita MENJAUHI orang yang negatif untuk mengurangkan stress. Jika anda sentiasa berada didalam lingkungan negatif, lama kelamaan anda juga menjadi negatif seperti mereka. Sebaliknya, jika anda berada bersama orang yang positif, lama kelamaan anda juga akan menjadi positif. Perubahan adalah didalam diri anda, jika hendak berubah anda boleh melakukannya.
CuteCarry ada dikelilingi orang-orang yang negatif, antaranya ialah rakan dan saudara. Ada diantara mereka yang bolehlah dikategorikan sebagai a very sad person sebab mereka rasa diri sangat buruk, gemuk, tidak dihormati rakan dan juga miskin. Tetapi bila difikirkan balik, dia gemuk sebab memang langsung tidak mahu berdiet-bila ditegur kita kena laser balik, tidak dihormati rakan kerana dia pun kalau melaser orang memang tidak hengat so macam mana orang hendak menghormati mereka. Ada yang kata mereka miskin, duit sentiasa tidak cukup..well sebab mereka tidak cuba untuk mengubah hidup mereka. Langsung tidak mahu keluar daripada comfort zone yang mungkin akan mengubah hidup mereka. Minta kerja nak buat resume pun lambat, hantar resume interview tak dapat tetapi tidak berusaha utk mengkaji sebabnya dan juga mereka hanya mengharapkan duit daripada gaji yang mungkin tidak cukup. Kalau dia keluar daripada ruang selesa, mulakan bisnes kecil-kecilan manalah tahu dapat untung sikit sekurang-kurangnya boleh membantu hidup!
Tapi janganlah sampai kita benci orang yang negatif ini. Cuma jangan kita bergaul rapat dengan mereka. CuteCarry punya teknik ialah sebagai contoh jangan nak comment kat FB mereka, kurangkan keluar bersama dan sentiasa berbuat baik dengan mereka. Jika jumpa senyum tetapi jika tidak jumpa, tidak perlu hendak menelefon. Oh….jika mereka seperti tidak mahu bergaul atau berkawan dengan anda, percaya ANDA TIDAK RUGI. Malah anda beruntung sebab tidak bergaul dengan mereka. Use all your energy to do other stuff..like develop your skills, beribadat and making more monies. Urggghhh.. I love money so much. Love..love and love. All my energy will be turn into force to make monies so I can shop to ease my stress. Boleh pakai konsep cam tu? LOL. Makin CuteCarry jauhi orang yang negatif ini, ramai pula orang yang positif akan bersama CuteCarry. I am at my happiest. U know who u are. U, u and u and u!
Menurut buku ini juga antara perkara kurangkan stress ialah bersenam, memaafkan orang, menguruskan diri seharian dan juga melancong!
CuteCarry punya cara kurangkan stress ialah shopping. Beli baju,kasut, beg dan sebagainya. Sebab tak salah kerja kuat-kuat dan kita kena reward diri sendiri barulah rasa dihargai. Kalau asyik nak bantu orang lain itu tidak betul. . Kadang kadang kala kita kena reward diri sendiri. So, kalu CuteCarry beli beg dan baju harga beribu-ribu pun janganlah kata membazir (BUKANNYA SELALU PUN) CuteCarry kerja macam robot kembangkan business supaya mampu beli apa yang dikehendaki. CuteCarry sebenarnya hanya nak rewardkan diri sendiri. Duit boleh dicari tetapi kepuasan hati susah hendak dipenuhi. Ada orang suka modified kereta, beli gadjet dan ada orang suka melancong tapi CuteCarry suka fesyen, so I shopped for fashion untuk tenangkan fikiran!
Buku ini juga ada senaraikan warna-warna ketenangan ialah coklat, hijau, kuning, biru muda, merah jambu, perak dan kelabu. Tetapi jika diatas bukan warna anda bagaimana? Jangan risau, mesti ada tona daripada warna-warna berkenaan yang sesuai untuk anda. Hendak tahu bagaimana apa kata ambil CuteCarry bagi kursus atau talk di pejabat anda? Click disini (sempat promote nihhh!!!)
Ohh…lupa…jangan lupa senyum. Buku ini juga menyarankan agar kita sentiasa senyum!!!
Beli jangan tak beli hanya RM19.90 je!!
CuteCarry smiling..memang suka smile,plus dapat hadiah ni semasa mengadakan kursus protokol dan etiket untuk Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat!
CuteCarry menganjurkan kursus untuk korporat/kerajaan seperti kursus penampilan diri/imej, protokol dan etiket sosial, make up, penganjuran majlis, konsep/persijilan latihan 5s, pengurusan pelanggan, komunikasi dan sebagainya bagi swasta, kerajaan dan individu, bolehlah menghubungi CuteCarry di talian 019-3290397, email cutecarry@yahoo.com atau click disini.
List kursus anjuran CuteCarry ialah:-
- Imej ABC (Appearance, Behaviour, Communication)
- Ketrampilan Diri
- Protokol dan Etiket sosial
- Protokol Majlis Rasmi
- Pengendalia majlis dan acara
- Komunikasi
- Pengurusan Pelanggan
- Pengucapan awam
- Pengacaraan (emcee)
- Penulisan Teks
- Persekitaran dan Amalan 5 S
- Motivasi
- Pengurusan Kewangan Peribadi
- Kepimpinan
- Pengurusan dan Kecermelangan Pentadbiran
- Kecemerlangan penyeliaan
- Pemikiran Kreatif
- Law of Attraction (LOA)
Leave a Reply