Mari membantu anak-anak Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa

 

What you give you get back. Itulah pegangan yang CuteCarry pegang didalam kehidupan seharian. Rezeki yang diterima bukanlah hak milik kita seluruhnya tetapi perlu dikongsi bersama dengan keluarga, rakan-rakan dan juga mereka yang memerlukannnya.  Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu anak-anak di Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa di Puchong.

CuteCarry bersama sebahagian daripada penghuni

CuteCarry telah dilantik oleh satu kumpulan iaitu Orange X untuk menjadi jurucakap untuk program kebajikan atau CSR  (Corporate Service Responsibilities) and please take note- CuteCarry tidak dibayar untuk menjadi jurucakap program ini. CuteCarry bersetuju kerana ini adalah cara untuk CuteCarry membuat kebajikan tetapi ini tidak akan berlaku jika tidak mendapat sokongan semua.

CuteCarry telah melawat rumah ini dan bolehlah dikatakan CuteCarry sedikit tidak selesa melihat keadaan rumah. Bukannya terlalu teruk tetapi agak kurang selesa disebabkan persekitaran dan kekurangan barangan. Rumah dalam keadaan baik tetapi jika ramai yang duduk di rumah tersebut, mestilah keadaan tidak selesa kan…

Rumah Kebajikan dan Bimbingan At Taqwa buat masa ini menempatkan seramai 50 penghuni yang berusia 4 hingga 18 tahun.

Sejarah rumah ini bermula apabila seorang wanita Ustazah Norhayati dan suaminya En Amran mengambil keputusan untuk membuka rumah ini. Ia dilakukan setelah dilakukan solat istikarah dan sehinggalah pada hari ini rumah ini beroperasi untuk membela anak-anak yang kurang bernasib baik. Ada diantara anak-anak yang masih kecil tiada bapa, ada yang tercicir persekolahan dan sebagainya.

Anak-anak yang tinggal disini adalah anak yatim dan juga datang daripada keluarga miskin. Mereka bukanlah dipohon untuk dilahirkan didalam keluarga miskin dan anak yatim.Oleh itu adalah tanggungjawab kita untuk membantu.

CuteCarry melawat ke rumah sekitar jam 3.00 petang dan OMG…panasnya kawasan sekitar tempat mereka mengulangkaji pelajaran. Keadaan yang panas ini disebabkan zink  dan juga tiada langsir dan tinted pada tingkap. Bagaimana nak mengulangkaji dengan keadaan yang kurang selesa. Keadaan juga sangat kurang kondusif disebabkan oleh keadaan perabot yang tidak mencukupi dan sedikit kurang memuaskan.

CuteCarry sempat snap sebahagian kawasan rumah tersebut.

Disamping itu,difahamkan untuk mengendalikan rumah ini memerlukan sebanyak RM19,000 sebulan!

Sembilan belas ribu ringgit sebulan!!!

Rumah ini bukanlah mewah seperti sesetengah rumah anak yatim atau miskin yang lain. Percayalah, mereka memerlukan bantuan anda!!

Jika berminat untuk menderma, boleh email pada cutecarry@yahoo.com atau boleh like my fanpage and PM atau call 0193290397.

Remember, what you give you get back!!

Pengendali rumah ini iaitu Ustazah Norhayati di sebelah kanan (tudung labuh warna hitam).