CARA UNTUK KURUS DALAM MASA 2 MINGGU|-BAGAIMANA MENGATASI MASALAH OBESITI?
27 August 2012Size matters,I like it big!: Grooming glass untuk Universiti Malaysia Pahang
1 September 2012Ini adalah pertama kali didalam sejarah CuteCarry bekerja sebagai perunding imej dan juga mengendalikan latihan. Bukan kerana ada apa-apa skandal,drama dan sebagainya ye tetapi tempat diadakan latihan tersebut.
Didalam tengah-tengah ladang kelapa sawit!
Terkejut juga bila tengok dapat tahu yang kelas akan diadakan di Pulau Carey (nothing to do with Mariah Carey, Carey Mulligan dan sewaktu dengannya). Carey Island terletak di Selangor, berdekatan Klang, Banting, Telok Panglima Garang). Pengetahuan CuteCarry berkenaan dengan Pulau Carey ialah ia mempunyai hasil seni masyarakat asli Mah Meri. Memang tidak dapat membayangkan macam mana hendak pergi ke tempat tersebut. Hanya berdasarkan kepada maklumat dan telefon orang yang pernah ke sana, CuteCarry pun memberanikan diri untuk ke sana.
Maklumat tambahan: GPS memang tidak boleh pakai!!! Asyik nak suruh aku U-Turn je.. apa kes!!
Akhirnya pada sekitar jam 7.30 malam CuteCarry pun sampai ke kawasan Pulau Carey. Tetapi apa yang CuteCarry nampak hanyalah pokok kelapa sawit. Keadaan agak sunyi .. Cutecarry memandu seorang diri dan rasalah lain lah juga kan, hasil daripada perasaan tersebut, jari terus tukar channel radio bacaan al-quran!!!!
Akhirnya CuteCarry pun nampak papan tanda “Sime Darby Plantation Academy” dan terus membelok masuk ke dalam kawasan ladang kelapa sawit. Setelah bertanya kepada pengawal,dia kata nak masuk kawasan Sime Darby Plantation Academy tu jaraknya berbelas kilometer!
Note: It’s going to be dark and I am driving alone in the middle of oil palm plantation.
CuteCarry memang dah biasa drive sorang diri di tempat sunyi tetapi tempat ini memang CuteCarry tidak begitu familiar. Tetapi dengan selamba, CuteCarry drive merentasi ladang kelapa sawit dan semakin ke dalam semakin ada pembangunan dan landscape makin cantik. Tiba-tiba ternampak ladang golf dan bangunan-bangunan lama dan hasilnya sampailah juga ke Sime Darby Plantation Academy.
I was like..wow..what an amazing place, obviously in the middle of oil palm plantation. Colonial style building, think white building with black trimming and simple landscape.Terus feeling hidup zaman colonial pulak.
Ladang ini adalah ladang kelapa sawit yang dibuka pada tahun 1920an. Masih ada tinggalan bangunan lama. Memang classic habis.
Fakta menarik juga ialah padang golf disini ialah yang TERTUA di Malaysia.
Amazing…I’m so happy to be here. I have an infatuation towards old heritage building. I am having the best moment. Cherish and got till its gone.
My room. Not bad, not be at all!
CuteCarry mengadakan kursus grooming untuk pelajar tahun pertama di bawah Sime Darby Plantation. Rata-rata adalah lepasan SPM dan yang paling tua pun 21 tahun.
Ok.. I am a prehistoric dinasour here!
Thank you very much Sime Darby.
Berminat mendapatkan khidmat training untuk korporat, kerajaan atau perseorangan, sila click disini atau call 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com.