Miss Malaysia tempat ketiga National Costume Miss Earth 2012
20 November 2012Apa itu imej Korporat? Kursus Grooming dan Corporate Image untuk Syarikat Air Melaka Berhad
25 November 2012Wow.. banyaknya nilai tajaan untuk majlis perkahwinan Khairul Fahmi Apex dan Leuniey. Mengikut laman portal rasmi perkahwinan mereka (siap ada portal rasmi lagi okayyyy) iaitu murai.com.my majlis resepsi di Hotel Renaissance, Kota Bharu pula, ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey. Sementara, dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang Damansara pula mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Selain menjadi lokasi rasmi resepsi di Kuala Lumpur, The Royale Bintang Damansara juga menjadi lokasi rasmi bagi sesi fotografi dan rakaman pra-perkahwinan serta sidang media perkahwinan Apex dan Leuniey.
Rekaan baju seperti yang telah diwar warkan sebelum ini daripada pereka popular, Ezuwan Ismail bersama material kain yang mendapat penajaan dari Jakel. Ingat tak post CuteCarry berkenaan dengan Apek ukur baju? Ukur baju kahwin lah!!!
Tarikh pernikahan adalah pada 28 Disember di Kelate, rumah Leuniey.
Selamat Pengantin Baru Apek dan Leuniey
CuteCarry with Leuniey wearing Ratu by Ezuwan Ismail. Kalau nak beli baju tu, sila like fanpage ni!!!
Nati bekwoh jange lupo jeput ambo deh.. (*muka tak malu mau makan free btw kalau salah loghat kelate ni jangan marah ye…)