home The Cute Files Shopagasm: Barangan Johor Premium Outlet (JPO) mahal?

Shopagasm: Barangan Johor Premium Outlet (JPO) mahal?

 CuteCarry tahu mungkin ada yang hendak muntah membaca status FB CuteCarry  tetapi terpaksalah kan,sapa suruh jadi friend! :p. Jika uols mengikuti facebook CuteCarry, mesti selalu tengok status-status CuteCarry yang pelbagai, daripada berangan hangit sehinggalah kepada update ala selebriti bagitau di mana lokasi CuteCarry! Jika pada bulan-bulan lepas kebanyakan status CuteCarry adalah berada di Penang ataupun Sabah Sarawak , bulan Disember lepas kebanyakkannya CuteCarry di down south; Melaka,Negeri Sembilan dan Johor. Bukan bercuti tetapi bekerja, bagi talk, buat bengkel dan meeting segala . Rezeki dah ada sebelah sana, syukur Alhamdulillah, ambil je lah. Jangan nak pilih-pilih job sangat lah kan…

Pada kali ini,sesuai dengan tajuk entry ini, CuteCarry akan update berkenaan dengan working trip di Johor iaitu di dua lokasi Segamat dan Johor Bahru, terpaksalah CuteCarry drive kereta sorang diri. Sebenarnya, ini adalah kali pertama CuteCarry ke Segamat tetapi seperti biasa prinsip CuteCarry redah je lah. Hendak takut apa pun kan. Bertolak daripada KL  selepas meeting lebih kurang jam 4.30 petang terus drive kereta murah CuteCarry ke Segamat. Keluar di tol Tangkak dan drive lebih kurang sejam melalui jalan lama ke Bandar Jerantut. Last-last tengok juga Bandar Tangkak yang terkenal dengan kainnya. Walaupun CuteCarr y hanya tengok semasa sedang memandu kereta, tapi memang banyak kain kat Tangkak!!!

Drive melalui kampung-kampung, pekan kecil dan ladang kepala sawit (yang sedikit creepy, sebab waktu tu dah gelap!) akhirnya CuteCarry sampai di Segamat. To my surprise, Segamat is nothing what I’ve imagined (and also told). Besar juga Segamat, McD pun buka 24 jam. Btw..kat sini ada gedung Jakel yang terbesar dan dikhabarkan paling murah kain-kainnya. So,nak shopping kain murah, rajin-rajinlah ke Segamat.  Tetapi CuteCarry tidak lah berjalan ke mana-mana sebab bila dah sampai terus check in hotel,keluar jap beli roti dan tidur. Esoknya pula ada talk.

CuteCarry mengadakan taklimat 5s untuk Kolej Kejururawatan Masyarakat Segamat. Happening orang-orang sini. Luv u guys. Btw..jika berminat nak mengambil CuteCarry sebagai penceramah 5s, call me at 0193290397 ataupun email cutecarry@yahoo.com.

Sesudah sehari suntuk mengendalikan taklimat (one man show ye…), terus CuteCarry bergegas ke Johor Bahru pula sebab malam tu ada jemputan dinner dan keesokkan harinya ada talk lagi. Walaupun penat tak habis lagi, CuteCarry drive ke Yong Peng exit dengan penuh berdebar-debar sebab ada orang cakap takut banjir. Tetapi nasib baik tak banjir!!!

Sampai di JB, CuteCarry  terus ke dinner yang wajib hadir itu (tapi tak makan sikut pun, minum sebab letih) dan tidur dengan nyenyak mimpikan Johor Premium Outlet!!!

Keesokan harinya, talk CuteCarry hanyalah untuk sejam sahaja so adalah sikit masa untuk shopping di Johor Premium Outlet (JPO).

(sila nyanyikan lagu ini ala-ala lagu klasik Fauziah Ahmad Daud, Rahsia Hati..Oh..berdebar-debar hatinya, saling bersama bertentang mata..or saling bersama nak perabih duit jap lagi!).

Sebenarnya CuteCarry di JPO hanya beberapa jam sahaja sebab hari itu ialah hari Jumaat . Driver dan kawan CuteCarry tu orang Johor, Kalau CuteCarry lambat, sah sah diaorang tak sempat sembahyang Jumaat, nanti bertambah lah dosaku pulak. CuteCarry musafir…..

Walaupun hanya sekejap iaitu 3 jam (piawaian CuteCarry waktu tu agak singkat untuk explore tempat shopping baru) CuteCarry sempat masuk ke beberapa buah butik.  Suasana di sini memang best, teringat kat oversea.  Feeling-feeling Bicester kat UK lah! Semasa CuteCarry datang, punyalah ramai manusia, sampaikan beratur hendak masuk,contohnya di butik Coach dan Burberry.

Kebanyakannya jenama yang dijual terdapat di KL, cuma diletakkan perkataan ‘outlet”. Tetapi adakah perkataan ‘outlet’ itu menjanjikan barangan yang dijual murah? Jika di luar negara seperti di US ataupun UK, ternampak perkataan “outlet” maknanya barangannya sangat murah, kadang-kadang hanya membayar 10% daripada harga asal. Tetapi di JPO keadaannya tidak begitu. CuteCarry meninjau-ninjau harga sunglasses tetapi kecewa sangat sebab diskaun hanya 30%. Deyyyyy…. I tak main lah kalau diskaun setakat 30% , my standard mesti 40% paling kurang. Ingat nak menambah koleksi sunglasses terus tak jadi! So, kalau hendak jual di outlet segala sila pastikan betul-betul murah ye…

BurBerry beratur panjang, tak sempat nak masuk sebab nak cepat!

Di Butik Calvin Klein pula diskaunnya dalam 60%. Boleh tahan juga..ni baru betul. Baju harga RM4000 turun jadi RM1500 dan sebagainya. Tetapi seperti biasa baju-baju bukan koleksi terbarulah.   Padini outlet baju kemeja T dalam RM20-RM30 lebih je. Tetapi hajat hati hendaklah beli banyak-banyak di Padini tetapi macam tak best langsung barang-barang kat Padini JPO. Not my standard lah. G200 boleh tahan juga Cuma kebanyakannya limited size.

CuteCarry ternampak juga SALE di Michael Kors tetapi macam tiada selera nak shopping situ sebab kawan CuteCarry cakap harganya agak mahal jika dibandingkan dengan di oversea. Mungkin sebab agak terkeciwa masuk dua tiga outlet so macam dah sedikit kurang mood.

 

Tetapi secara keseluruhannya melalui pemerhatian dalam masa singkat ke  beberapa  butik, CuteCarry sedikit kecewalah sebab harganya tidaklah semurah seperti yang disangka. Walaupun murah tetapi standardnya seperti SALE-SALE di KL je. Tetapi mungkin pemerhatian CuteCarry ini mungkin TIDAK TEPAT sebab hanya sempat masuk ke dalam beberapa ‘outlet’ je.  Ataupun mungkin CuteCarry membandingkan harganya seperti di oversea yang amat murah.  Tidak adil kan? Sebab kalau di US atau negara-negara Eropah sesetengah baranganya terlalu murah seperti dah convert duit Malaysia pun still murah lagi sehingga CuteCarry hilang setengah akal shopping…

CuteCarry tidak hilang akal ketika bershopping di Johor Premium Outlet!

 

Mungkinkah pihak pengurusan JPO patut menimbangkan semula harganya supaya JPO sentiasa relevan untuk mereka yang dahagakan diskaun seperti CuteCarry?

Tetapi janganlah pulak uols semua tak pergi melawat ke JPO selepas membaca review ini,mungkin uols akan jumpa barang-barang yang disukai kan. Kalau tak beli pun boleh jalan-jalan,makan-makan kat situ, banyak tempat best nak relax dan makan.

Hal lain yang membuat CuteCarry meroyan di JPO ialah kurangnya baju saiz CuteCarry! Dah berkenan satu baju hendak beli zassssssss……. tiada saiz. Sampai naik tension sekejap, salesperson kat situ pun berlari-lari mencari saiz baju CuteCarry. Well..I can conclude that it is not REALLY my lucky day.

Dah sampai ke JPO, daripada meroyan tak tentu hala, wajib beli kan. I work very hard for the past few months and its time to reward myself with a nice suit and a shirt!

Dear JPO, I’ll be back,make sure you get the size right!!!!

Comments

comments

Leave a Reply