Handbag Yang Diperbuat Daripada Tulang Belakang Manusia.

Handbag Yang Diperbuat Daripada Tulang Belakang Manusia.

Arnold Putra, seorang pereka fashion berasal dari negara jiran iaitu Indonesia, telah merekakhas sebuah beg tangan yang berharga $ 5,000 yang diperbuat daripada lidah buaya dan tulang belakang manusia. Beg tersebut telah dihasilkan secara etika oleh Arnold Pultra.

‘One off bag’ yang dihasilkan di Los Angeles, dipasarkan sebagai ‘ideal statement piece’ yang mula dijual pada tahun 2016. Material badan beg tersebut diperbuat 100 % daripada lidah buaya dengan jahitan bekas luka serta dijahit kemas dengan 100 %  daripada tulang belakang manusia sebagai pemegang beg. Seramnyaa tapi memang unik!

Ramai netizen yang mempersoalkan mengenai dari mana bahan-bahan itu didapati dan kenapa memilih tulang belakang manusia untuk menghasilkan sebuah beg tangan.  Menurut Putra, tulang belakang tersebut “diperolehi secara perubatan dari Kanada secara etika.”

Arnold Putra atau dengan nama gelaran lain, ‘Rich Kid of Instagram’ juga berkata ketika penghasilan beg tangan berkenaan, hasil lidah buaya dan industri kulit pada masa itu adalah tidak terancam di Amerika Syarikat. Menurutnya lagi, mereka telah mengambil sedikit ujian untuk mendapatkan lidah yang rata dan cukup kuat bagi memberi reka bentuk beg tangan yang cantik dan sempurna.

Ada yang berminat ke dengan reka bentuk beg tangan oleh Arnold Putra ?

Komen di bawah, apa pendapat anda?