
Tak Pernah Serik Jemput CuteCarry
13 Mac 2020
Maya Matahari Telah Kembali ke Rahmatullah
18 Mac 2020Sepertimana yang anda semua maklum, penyebaran virus COVID-19 yang mula merebak di Wuhan, China sejak 31 Disember 2019 yang lalu telah mula tersebar di Malaysia. Oleh itu, kita semua dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan mencegah wabak ini daripada terus menular. Nak tahu bagaimana? Baca sampai habis tau’.
Cara yang paling mudah adalah dengan memakai mask ketika berada di luar. Ramai yang bertanggapan memakai mask langsung tidak membantu mencegah wabak ini. Mana anda tahu? Tak apa, hiraukan apa orang cakap. Asalkan kita cuba untuk mencegah virus daripada terus menular kan? Komen di bawah.
Terdapat beberapa jenis mask yang boleh anda pakai :

“Orang kata sediakan payung sebelum hujan”
Memakai mask telah menjadi trend, malah pelbagai design mask telah dikeluarkan dan dipakai oleh mereka yang ingin tampil unik dan lain daripada yang lain. Jom kita lihat Mask Unik Pilihan CuteCarry!
1. Protective mask
2. Cotton mask.


3. Disposable mask

Guys, bukan kena pakai mask saja tau! Jom CuteCarry belanja extra tips sebagai langkah berjaga-jaga mencegah virus COVID-19.
- Guna sanitizer dan kerapkan membasuh tangan dengan betul.
- Jangan berkongsi baju dengan orang lain
- Elakkan daripada mencuba pakaian di shopping mall
- Elakkan pergi ke tempat yang ramai orang berkumpul seperti shopping mall, gym, atau majlis besar.
- Jangan guna tester mekap di shopping mall.
Sumber : Hijabnheels.com & Pinterest