SUPER IMAGE CONSULTANT
Adakah anda berminat menjadi seorang penceramah, konsultan atau menjalankan perniagaan dalam bidang latihan?
Ia mungkin menjadi satu titik tolak didalam kerjaya anda.
Ia terbuka kepada semua samada yang sudah ada pengalaman ataupun yang masih mencari-cari arah didalam kerjaya.
Bidang kerjaya didalam bidang ini terlalu luas bukan hanya didalam bidang perundingan imej tetapi didalam bidang peningkatan diri, motivasi, komunikasi dan sosial juga etika.
Saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya menjalankan perniagaan saya bermula dengan kosong. Zero. Tiada apa-apa.
Saya juga telah mengembangkan perniagaan saya didalam bidang penjenamaan, motivasi dan membantu mereka yang ingin meningkatkan potensi diri.
PENGENALAN
Perunding imej ialah seorang yang pakar dalam empat aspek iaitu ABCD:
- Appearance (Keterampilan)
- Behaviour (Kelakuan/Protokol)
- Communication (Komunikasi)
- Development (Pembangunan Diri)
Peserta yang menghadiri program ini akan dilatih agar dapat meningkatkan kemahiran diri disamping menjadi berbeza dengan yang lain.
TTT SUPER CONSULTANT akan melatih anda untuk membentuk motivasi dan jati diri sendiri juga orang lain.
TTT SUPER CONSULTANT juga akan melatih anda membentuk jenama dan pemasaran perniagaan.
Ia bukan hanya sesuai untuk perseorangan malah kepada pegawai sesebuah syarikat atau organisasi bagi mempertingkatkan imej, penjenamaan dan pemasaran.
Ilmu yang ditimba juga boleh digunapakai di dalam kerjaya anda sekarang. Jika anda menjalankan perniagaan, ilmu yang dipelajari boleh digunakan untuk menjenamakan perniagaan anda. Pegawai di dalam bidang latihan juga boleh mendapat ilmu tambahan jika menyertai program ini.
Ruang kerjaya terbuka luas jika anda mengikuti kursus TTT SUPER CONSULTANT. Antaranya ialah:
- Perunding imej individu
- Penceramah/pengendali latihan untuk sektor swasta dan kerajaan
- Penata gaya (fashion stylist), personal shopper
- Peniaga atau pemilik/founder produk untuk melatih dealers/downline.
- Pakar penjenamaan/branding
- Pakar protokol dan etiket
- Pakar komunikasi
- Penceramah motivasi dan pembangunan diri
Sesebuah organisasi atau agensi mendapat faedah jika pegawai atau kakitangan menyertai TTT SUPER IMAGE CONSULTANT seperti:
- Menjadi penceramah dalaman (internal speaker)
- Aplikasi bidang penjenamaan dan pemasaran
- Rujukan dalam bidang protocol dan etika
- Pakar dalam bidang perhubungan awam (PR)
- Kepakaran di dalam bidang pengendalian majlis
- Pemangkin motivasi dan pembinaan diri untuk rakan sekerja
TTT SUPER IMAGE CONSULTANT dikendalikan oleh pelatih yang amat berpengalaman dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Hafiz Mustapha ialah pemilik Cutecarry Sdn Bhd. Beliau berpengalaman mengendalikan lebih 300 sesi ceramah dan kursus kepada berbelas ribu orang peserta.
Beliau telah diberikan kepercayaan oleh lebih daripada 200 agensi kerajaan dan swasta untuk mengendalikan ceramah dan kursus.
Hafiz Mustapha memulakan perniagaan daripada KOSONG. Beliau hanya mempunyai semangat berkobar dan minat yang mendalam. Tiada modal digunapakai dan ilmu yang dipelajari adalah dari pengalaman.
Beliau akan berkongsi tips bagaimana syarikatnya menjana pendapatan setinggi beratus ribu ringgit dalam sebulan. Jatuh dan bangun di dalam bidang perniagaan akan dikongsi bersama anda. Ilmu bukan terhad dalam bidang ini tetapi pengurusan perniagaan dan sekeliling. Kawan mesti dikenalpasti dan musuh jangan dicari.
MODUL
MODUL 1: WHO WANTS TO BE A SUCCESSFUL CONSULTANT?
Perundingan imej sebagai kerjaya dan perniagaan. Ia juga akan membawa perspektif perunding imej yang lebih luas.
MODUL 2: ALWAYS IN STYLE (APPEARANCE)
A – Appearance (Penampilan)
- Analisa personaliti
- Etika dan kod pakaian
- Kebersihan diri
- Analisa bentuk badan
- Analisa warna mengikut tona kulit
- Teknik untuk membeli pakaian
- Suai padan dan gaya
Plus factor – perubahan untuk menjadikan pelanggan individu bergaya
MODUL 3: BE CULTURED (PROTOCOL & ETIQUETTE)
B – Behaviour (Kelakuan, Protokol dan Etiket Majlis)
- Aspek protokol dan etika
- Protokol dan etika pengendalian majlis
- Etika mesyuarat
- Etika sosial dalam perbualan
- Etika makan (fine dining, buffet, dome, cocktail)
- Penggunaan panggilan gelaran
- Protokol korporat
- Perbezaan budaya
- Protokol antarabangsa, budaya dan tradisi
- Pengurusan majlis (event management)
MODUL 4: MASTER OF COMMUNICATION
C – Communication (Komunikasi)
- Teknik persembahan/presentation
- Neuro Linguistic Programming (NLP)
- Teknik komunikasi lisan
- Komunikasi dan penggunaan ayat melalui penulisan surat dan memo
- Teknik Bahasa badan
- Komunikasi di antara generasi – baby boomers, generasi X, Y dan Z
- Komunikasi media sosial dan e-komunikasi
- Penulisan laporan, ucapan dan siaran akhbar
MODUL 5: KNOW YOUR BUSINESS (BRANDING & MARKETING)
- Penjenamaan dan pemasaran perniagaan
- Pelan pemasaran
- Unique Sales Proposition (USP)
- Pengurusan akaun dan kewangan
- Cukai dan zakat perniagaan
- Teknik mendapatkan pelanggan kerajaan dan korporat
- Penjenamaan peniagaan
- Teknik pemasaran offline dan online
- Pembinaan portfolio
- Pembentukan modul perkhidmatan
- Panduan pendaftaran bersama Kementerian Kewangan.
MODUL 6: REZEKI, MOTIVASI DAN SEMANGAT
- Pemahaman mengenai daya tarikan (Law of Attraction – LOA)
- Peningkatan motivasi, integriti dan jati diri
- Teknik tarik rezeki
- Teknik penggunaan konsep LOA untuk pemantapan jati diri peserta
- Teknik untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga, kewangan, kesihatan dan semua aspek kehidupan
- Penetapan matlamat dan pencapaian untuk pembangunan kendiri dan organisasi
MODUL 7: STYLE AND SHOP / CONDUCTING PROGRAMME
Ia akan diadakan dalam masa 6 bulan bermula dari tamat tarikh TTT ABC. Peserta akan diberi tugasan untuk menata gaya individu atau mengendalikan program.
MODUL 8: THE STAGE IS MINE (TRAINING WITH CLIENT)
Praktikal pengendalian kelas.
Peserta akan mengendalikan satu sesi untuk pelanggan korporat Hafiz Mustapha di dalam tahun 2016. Walaubagaimanapun, jika peserta tidak mahu mengambil bahagian di dalam modul ini, pihak syarikat tidak mempunyai apa-apa halangan.
Modul 1, 2, 3 dan 4 akan dilaksanakan di dalam kelas.
Modul 6 & 7 akan dilaksanakan di dalam dan luar kelas
Makanan untuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan petang akan disediakan sepanjang tempoh 4 hari kursus.
KELEBIHAN
Antara kelebihan menyertai TTT SUPER IMAGE CONSULTANT:
- Percuma satu set colour analysis draping
- Percuma CD dan nota pembelajaran
- Modul
- Pendedahan berkenaan penjenamaan dan pemasaran
- Nama, email dan nombor telefon akan dipaparkan dalam laman web cutecarry.com dan www.cutecarry.cc jika mendapat persetujuan daripada peserta
- Sijil penyertaan
- Satu sesi peribadi konsultansi perniagaan dan modul bersama Hafiz Mustapha dalam masa setahun bermula dari hari tamatnya modul ke-4
- Meningkatkan diri melalui motivasi dan jati diri
SELEPAS MENGHADIRI KURSUS INI PESERTA AKAN BERJAYA UNTUK:-
- MENJALANKAN ATAU MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN KONSULTASI
- MENGENALI USP (UNIQUE SALES PROPOSITION) untuk menjadi berbeza.
- MENJENAMAKAN PERNIAGAAN MELALAUI KONSEP PEMASARAN DAN PENJENAMAAN YANG BETUL
- MENAMBAHKAN PENDAPATAN
- MEMBERI INSPIRASI DAN MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN
- BERKOMUNIKASI LEBIH HEBAT DENGAN PELANGGAN DAN ORANG LAIN
PANDUAN PENDAFTARAN BERSAMA KEMENTERIAN KEWANGAN
TERMA
- Adakah saya wajib untuk menghadiri semua kelas?
Setiap peserta wajib menghadiri semua kelas (Modul 1 – 5) bermula dari hari pertama sehingga hari keempat. Modul 6 dan 7 boleh dibuat dalam tempoh setahun dari hari tamatnya modul ke-4.
- Berapa lamakah sesi peribadi konsultansi perniagaan dan modul?
Ia akan mengmbil masa sekitar 3 atau 4 jam. Sesi ini untuk menyemak kembali apakah pencapaian demi penambahbaikan prestasi peserta.
- Adakah sijil yang diterima boleh digunakan di agensi kerajaan?
Sijil yang diperolehi adalah SIJIL PENYERTAAN. Ini bukanlah sijil yang diiktiraf oleh kerajaan atau mana-mana agensi. Walaubagaimanapun, ia boleh dikepilkan kepada pelanggan bahawa anda pernah menyertai kursus dan ilmu perundingan IMEJ ABC.
- Bolehkah saya membuat pembayaran secara ansuran?
Boleh. Ia boleh dilakukan sebanyak maksima 2 kali (60% ansuran pertama, 40% ansuran kedua). Walaubagaimanapun, untuk mendapat EARLY BIRD peserta perlu menjelaskan pembayaran pada atau sebelum 15 Ogos 2016. Jika pembayaran lewat daripada itu, harga kembali kepada harga asal.
- Bagaimana mendapatkan harga early bird?
Anda boleh membuat pembayaran penuh pada atau sebelum 15 Ogos 2016.
- Adakah kursus ini boleh dituntut melalui HRDF (HRDF claimable)
Kursus ini didaftarkan melalui HRDF dan oleh itu ia adalah HRDF claimable.
- Jika saya sudah membayar ansuran pertama dan saya berhasrat untuk menarik diri, adakah wang akan dikembalikan?
Wang akan dikembalikan jika peserta memaklumkan akan menarik diri pada atau sebelum 15 Ogos 2016. Jika pemakluman dilakukan selepas itu, wang tidak akan dikembalikan. Walaubagaimanapun, peserta boleh menyertai kelas TTT SUPER IMAGE CONSULTANT sesi berikutnya jika ia diadakan. Peserta hanya perlu membayar baki yuran penyertaan. Harga adalah bergantung kepada harga semasa TTT SUPER IMAGE CONSULTANT tersebut.
- Bolehkah pembayaran dibuat melalui credit card?
Boleh. Pembayaran boleh dibuat melalui kad kredit.
- Adakah Cutecarry Sdn Bhd akan mengambil peserta menjadi trainer/penceramah atau pekerja?
Ia bergantung kepada keperluan semasa. Cutecarry Sdn Bhd akan menggunakan khidmat peserta jika terdapat permintaan daripada pelanggan. Cutecarry Sdn Bhd hanya akan membimbing para peserta untuk mendapatkan pelanggan dan mengembangkan perniagaan.
- Adakah peserta terikat dengan apa-apa kontrak dengan Cutecarry Sdn Bhd?
Tidak. Para peserta tidak terikat dengan mana-mana kontrak dengan Cutecarry Sdn Bhd. Peserta bebas untuk menjalankan perniagaan dan aktiviti selepas kursus dijalankan.
- Dimanakah lokasi pengendalian kelas akan diadakan?
Tempat dan lokasi akan ditentukan berdasarkan masa dan keperluan Hafiz Mustapha dan peserta. Masa adalah sekitar 1 – 4 jam. Walaubagaimanapun, jika peserta tidak berminat untuk modul ini, pihak syarikat tidak mempunyai apa-apa halangan. Bayaran saguhati akan diberikan kepada peserta. Jumlah bayaran adalah RM 200 sejam.
12. Adakah penginapan disediakan sepanjang TTT SUPER CONSULTANT?
Penginapan tidak disediakan. Pihak urusetia boleh menguruskan berkenaan tempahan hotel yang berdekatan iaitu M Hotel (2 minit perjalanan). Harga hanya sekitar RM100++ semalam.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=jHzyN2awusE[/youtube]
Kursus TTT yang mengubah hidup dan perjalanan kerjaya Raja Saerah.
TTT SUPER CONSULTANT CUTECARRY berjaya mengubah bukan hanya kerjaya tetapi kehidupan.
Elemen holistik.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=le6jvFJjb1I[/youtube]
Testimoni dari Dahinoor, peserta Train The Trainers Super Consultant bersama CuteCarry.
Beliau sudah memulakan langkah sebagai konsultan dengan mengendalikan kursus-kursus di agensi korporat.
[youtube]https://www.youtube.com/watch?v=-BIE5cL6tZo[/youtube]
Nora seorang make up artist.
TTT SUPER CONSULTANT CUTECARRY berjaya mengubah bukan hanya kerjaya tetapi kehidupan.
Elemen holistik.
PESERTA DIJAMIN PUAS HATI DAN MEMPEROLEHI SEMANGAT BARU.
>>Selepas mengikuti kursus TTT Siri 1, seriously self-motivation boosts up to 150%. Semua tips dan ilmu memang tak pernah didengar or dipelajari. Yang paling penting, memang berguna. As for business, now I know yang kebergantungan kepada Yang Maha Esa lebih diutamakan dan hubungan baik kepada client and also staff adalah penting untuk memastikan business boleh pergi jauh. Thank you sifu!
Awang Mohamad Putra,
Perfect Square Consultancy, Kuching
>> Sekarang spa Kak Pah dah boleh selit slot imej. Pelanggan pon puas hati sebab dapat servis rawatan dengan styling sekali. Untuk Kak Pah, sebagai usahawan, Kak Pah pastikan sentiasa kelihatan kemas, menarik dan bersih macam tips yang Sifu Hafiz bagi. Terbaik!!
Sharifah Salmah,
Jemari Studio, Taman Seri Rampai
>>Alhamdulillah selepas mengikuti TTT dari Cutecarry saya dapat mengetahui lebih banyak ilmu sebagai seorang image consultant. Saya lebih berkeyakinan pada diri saya sendiri untuk berhadapan dengan orang ramai dan saya juga menjadi lebih berketerampilan juga percaya diri untuk hadapi cabaran. Ia juga membuatkan saya berani berdepan dengan orang ramai.
Norasmah Idris,
Nora Idris Resources
>>Kursus TTT yang confirm tak menyesal untuk dihadiri. Banyak info, tips dan perkongsian ilmu yang diberikan oleh Tenaga Pengajar. Tidak lokek berkongsi rahsia bagaimana beliau membuat strategi pasaran terhadap klien-klien.
Nazariah Taharin,
Sentuhan Derina
Train the Trainers (TTT) Siri 1