Satu dunia telah maklum bahawa negara kita mempunyai kepimpinan baru iaitu Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. DI usia 93 tahun beliau masih lagi bertenaga untuk memikul amanah yang paling berat.
CuteCarry pernah bekerja semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ketika itu baru sahaja memulakan tugasan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Beliau masih dalam ura-ura untuk meletakkan jawatan dan seluruh rakyat Malaysia tidak mahu melepaskan beliau. Namun, akhirnya beliau meletakkan jawatan.
Kini beliau kembali!
Majlis Angkat Sumpah ditunggu oleh semua. Tetapi satu perkara yang menarik perhatian CuteCarry iaitu beg tangan Siti Hasmah.
BUKAN BIRKIN, HANYA KATE SPADE
——
Tun Siti Hasmah yang sangat humble dan simple. Fesyen klasik dan manis. Beg yang dijinjit hanyalah @katespadeny . Ia beg designer tetapi jika dikira bukanlah beliau tidak mampu untuk membeli beg high end yang lain. Tetapi Tun tetap Tun. Nampak classy!
Beg tersebut hanya berharga ratusan ringgit dan yang paling mahal pun hanya sekitar seribu ringgit.
Kita yang rakyat biasa pun gunakan LV,Prada, Gucci yang berharga ribu riban tetapi Tun Siti Hasmah simple je.
Anda boleh beli beg tersebut di butik Kate Spade di KLCC, Pavillion, Genting Premium Outlet dan Johor Premium Outlet.
MAJLIS ANGKAT SUMPAH
16 Julai 1981 vs 10 Mei 2018
CuteCarry selalu menggunakan pasangan ini sebagai contoh didalam talk yang dikendalikan. Mereka berdua adalah contoh mudah gaya “KLASIK”.
Gaya klasik adalah kearah formal smart casual dan casual yang simple, tidak suka sesuatu yang berlebihan dan perubahan gaya seseorang tidak keterlaluan.
Kita boleh lihat gaya Tun Siti Hasmah, tidak berubah sejak tahun 1981. Aksesori pun simple dan oleh itu gaya lebih timeless dan classy.
Siapa yang ingin cuba gaya klasik, boleh ambil inspirasi daripada gaya Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.
Sejurus selepas gelora Pilihanraya, Cutecarry ke Cameron Highlands untuk berehat dan bertenang disamping untuk memikirkan strategi terbaru perniagaan. Jika di ibu kota sangat serabut. I kena refresh and recharged. Terlalu sibuk mengendalikan seminar satu negara.
Sesuatu yang dipelajari daripada PRU 14 dan akan digunakan dalam perniagaan CuteCarry ialah:-
1. Gunakan media sosial/ online sebaiknya. Gunakan video atau live untuk dekat dengan followers yang akan jadi pelanggan.
2. Marketing kena pilih saluran sesuai. Poster/billboard bersepah (dan mahal) pun tidak guna jika tidak dapat sentuh emosi pelangggan.
3. Don’t underestimate young generation/ Gen Y. Eventually they will have the purchasing power later.
4. Duit bukan segala-galanya. Oleh itu, jika harga mahal sikit tapi servis bagus tetap akan diterima. Jangan keral bagi diskaun tapi tawarkan benda lain.
5. BERGABUNG dan BERSATU. Berkawan atau berkerjasama dalam perniagaan dengan orang yang betul. Gabungan yang kurang ilmu tidak akan kemana.
6. Berubah. Berubah. Berubah. Jangan kekal dengan modul lama, cara perniagaan lama, pelanggan lama. Pelanggan sukakan sesuatu yang baru.
7. REZEKI BUKAN TANGAN MANUSIA. Kuatkan integriti dan insyallah sejak daripada mula saya amalkan. Tapi kadang-kadang riak tu sikit ye sebab kadang-kadang emosi diva kayangan. We are human. LOL.
Perkhidmatan seminar CuteCarry untuk bidang imej, pembangunan diri dan latihan keusahawanan?
———————————-
Untuk jemputan mengendalikan seminar.
019 337 6807
019 329 0397
03 8940 6807
Hubungi : training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com