Budak Akaun jadi perunding Imej (Kursus Imej ABC untuk Jabatan Bendahari Universiti Malaya)
19 Mei 2014Fesyen Ibu Mengandung di Minggu Setiausaha anjuran Pusat Pendidikan Perumahan, Fakulti Kejuruteraan,UPM
19 Mei 2014Apa itu 5s yang ada class? Itu adalah persoalan yang bermain disesetengah fikiran pegawai yang manjalankan aktiviti 5s. Pada pandangan CuteCarry, pelaksanaan 5s yang ada class adalah 5s yang mengikuti konsep 5s, konsep penambahbaikan berterusan, kerjasama semua dengan tema yang ringkas.
Jika 5s dilaksanakan bukan hanya ketika ada audit 5s, baru ada kelas.
Jika 5s dilaksanakan denga kerjasama semua didalam pejabat, baru ada kelas.
Jika 5s sentiasa ada penambahbaikan, prestasi penyampaian meningkat, baru ada kelas.
Jika 5s dengan hiasan yang tidak terlalu sarat, label melabel minima dan tanpa ada tampal menampal sehingga ruang kerja seperti tadika, baru ada kelas!
Itu adalah antara konsep yang ditekankan semasa memberi ceramah kursus 5s untuk Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pahang. Kursus yang diadakan selama sehari itu adalah ceramah asas yang melibatkan pembentukan jawatankuasa, tugas-tugas 5s, pelaksanaan 5s dan juga lawatan praktikal ke seluruh kawasan pejabat. Lawatan 5s dibuat keseluruhan kawasan pejabat dan pada waktu itu pandangan diberikan bagaimana untuk menjadikan kawasan pejabat persekitaran 5s. Cadangan juga diberikan berkenaan dengan hiasan dalaman.
5s CuteCarry juga lebih kepada penjemaan atau branding kerana konsep ini membolehkan sesebuah organisasi membina identity mereke.
Antara kelebihan kursus 5s yang ditawarkan ialah ia melibatakan pertambahan 3s – Safety, security and satisfaction.
Terima kasih diucapkan kepada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Pahang diatas jemputan dan kerjasama yang diberikan.
ps: Gambar pasaraya Baju sekolah cap KHELASS diatas adalah kedai menjual pakaian sekolah yang terletak berdekatan dengan Pejabat Pertubuhan Peladang Negeri Pahang. Dikhabarkan ia adalah antara kepada menjual pakaian sekolah paling popular di Kuantan. Memang ada class!!
Jika inginkan 5s lebih kelas ditempat anda, sila hubungi CuteCarry.
Maklumat lanjut berkenaan kursus bersama CuteCarry hubungi 019 329 0397 atau email training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini