Baju Melayu Radzuan Radziwill di AEON terpilih
14 Jun 2013Video CuteCarry bersama baju Iffa “Teduhan Kasih”
22 Jun 2013Ada teori menyatakan bahawa orang sekeliling mempengaruhi sikap dan semangat diri? CuteCarry rasa ia sangat tepat kerana ketika CuteCarry bersama dengan mereka yang berumur 16 dan 17 tahun, CuteCarry rasa sangat muda dan remaja!! Mudalahhhh sangat kan!!!!
CuteCarry telah dijemput untuk mengadakan ceramah penampilan diri untuk Pandu Puteri Rangers. Walaupun ia sangat singkat, tetapi CuteCarry rasa amat gembira bila bersama mereka. Cara penyampaian juga terpaksa diubah kerana mereka bukanlah seperti audience yang biasa, mereka masih muda remaja. Tetapi saat paling gembira ialah bila setelah habis sesi, ramai yang datang berjumpa CuteCarry untuk bertanya bukan sahaja berkenaan grooming tetapi berkenaan dengan career. Rasa jadi cam kerja kat jobstreet pulak..ehhh..
Macam-macam cita-cita yang CuteCarry dengar, ada yang nak jadi model, fashion designer dan ada yang masih mencari-cari apa yang mereka hendak jadi. Tetapi CuteCarry nasihat kepada diaorang ialah teruskan dulu belajar sungguh-sungguh sampai dapat keputusan SPM yang cemerlang. Cita-cita jangan dilupakan. Girls, just follow your dreams and it will come true!!
Nak jemput cutecarry sembang-sembang utk ur sekolah, office, jangan lupa call 0193290397, cutecarry@yahoo.com or click here
Jun 14, 2013 | “We love Cutecarry” from Pandu Puteri Rangers.. ramainyaa..luv u too!!! by cutecarry on Keek.com