CuteCarry guest stylist for Bvlgari and WW Magazine (yes.. with Rozita Che Wan)
13 September 2012Travelgasm: CuteCarry mencari penilik nasib Ketut Liyer di Ubud, Bali?
19 September 2012Salahkan Julia Roberts, Elizabeth Gilbert dan Oprah Winfrey.
i. Julia kerana dia dah lama tak berlakon, tiba-tiba lepas tu berlakon cerita Eat, Pray, Love dan menjelajah ke Italy. India and Bali.
ii. Elizabeth Gilbert. Beliau adalah penulis untuk buku Eat, Pray, Love. CuteCarry bukanlah peminat membaca buku-buku tentang konflik dalaman wanita tetapi bila dah beli buku terus rasa hendak ke Italy, India dan Bali.
iii. Oprah Winfrey. Wanita ini adalah punca segala-galanya. Beberapa tahun lepas CuteCarry menonton siri Oprah dan tetamu undangan ialah Elizabeth Gilbert dan mempromosikan buku Eat, Pray, Love. Terus beli buku tu.
So, begitulah kisahnya daripada tengok siri Oprah, lepas tu beli buku Elizabeth Gilbert dan lepas tu tengok cerita Eat, Pray, Love CuteCarry terus ke negara-negara berkenaan. Akhirnya completelah CuteCarry ke destinasi Bali. Kalau sesiapa follow blog ini mesti tahu yang CuteCarry dah ke tempat-tempat berkenaan, jenuh makan dan posing.
Perancangan ke Bali adalah yang paling relax. Tiada tempahan awal tempat tinggal dan sebagainya. CuteCarry dan kawan hanya tempah tiket, bila touch down baru kita cari tempat untuk tidur. Sempatlah juga posing ke sana ke mari. Akhirnya berjumpa dengan satu tempat yang sangat cantik. Private Villa with private swimming pool. We are having fun and peaceful moment!
CuteCarry update entry ini daripada villa tempat CuteCarry stay. Betullah apa yang dikata, percutian di Bali adalah sentiasa tenang. Jika tidak CuteCarry pun tiada masa hendak update entry ini. Hari ini kita hanya jalan-jalan, makan nasi padang dan lepak-lepak sekitar villa. Tiada ke mana-mana. Hanya bergumbira disini.
TENANG.TENANG dan TENANG!!!! atau kosong,kosong, kosong (tiba-tiba nyanyi lagu Najwa Latif!)