Daily Archives: January 31, 2011

Ceramah Grooming/dressing untuk ke temuduga @ Masterskill University College of Health Sciences

CuteCarry telah dijemput untuk memberi ceramah di Masterskill University College of Health Sciences dengan topik utama apakah penampilan yang sesuai untuk menghadiri temuduga. Antara yang ditekankan ialah “be safe!’.

Comel-comel kan pelajar di sini. Mereka akan terlibat didalam bidang kesihatan/perubatan.

Yes boys and girl be safe!!!Temuduga bukanlah tempat anda untuk mencuba sesuatu gaya pakaian yang anda lihat di Sungai Wang. Ia adalah lebih kepada gaya profesional dan korporat kecualilah jika anda hendak pergi menghadiri ujibakat Akademi Fantasia atau Raja Lawak.

First Impression count and you must know what to wear.

Cutecarry telah mengagakan pelbagai temuduga dan antara yang paling paling perlu dielakkan ketika temuduga untuk kerja profesional ialah:-

i. rambut panjang untuk lelaki:

guys… potonglah rambut tu. Memang best rambut panjang ketika di kolej tapi ketika hendak masuk ke alam pekerjaan, rambut perlu dipotong pendek TAPI jangan sampai botak! Rambut boleh tumbuh dan panjang kembali tetapi jika terlepas kerja hanya kerana rambut anda yang tidak dipotong pendek tu, alangkah ruginya!

ii. Legging/skinny/ seluar terlalu ketat:

CuteCarry pernah mengadakan satu sessi interview dan salah seorang pesertanya memakai legging beserta kemeja ke temuduga. Ada dua kemungkinana, samada dia memang dipaksa datang temuduga tersebut oleh bapa dia walaupun dia benci dengan kerja tersebut ataupun dia ini masih mahu hidup di alam kebudak-budakan..tidak mahu matang dan sahaja menunjukkan kebodohan dia dengan memakai legging untuk temuduga sebagai pegawai pentadbiran!

iii. Minyak wangi/krim rambut yang berbau terlalu kuat:

Masuk je dalam bilik temuduga, satu bilik bau minyak wangi sampai hendak pengsan penemuduga.Lelaki pula minyak rambut boleh buat masak dan bau pula punyalah kuat. Less is more!!!!!

iv. Make up yang terlalu tebal

Amy Whinehouse pun kalah bila dia make up mata dia!! Si penemuduga nanti ingatkan yang masuk tu hendak jadi pegawai ke nak jadi pelakon utama cerita Hantu kak Limah?

Itu adalah diantara NO-NO berkenaan dengan penampilan ke temuduga.

Jika mahu saya memberi ceramah di tempat anda,hubungi 0193290397 atau email cutecarry@yahoo.com atau click di sini

Menangi Max Factor False Lash Effect Waterproof Mascara dan Second Skin Foundation

Sempena tahun baru Cina ini, CuteCarry rasa amat bermurah hati dan ingin menghadiahkan Max Factor False Lash Effect Waterproof Mascara dan Second Skin Foundation.

Bukan jenama biasa-biasa or cikai-cikai okay..its

Fesyen Tahun Baru Cina:- Merah itu ada banyak ong!!!

Merah selalu dikaitkan dengan Chinese New Year dan di waktu perayaan ini jugalah kita tengok banyak sangat merah, daripada ang pau sehinggalah kepada langsir rumah. Tetapi kan, bukan tahun baru cina sahaja yang warna merah, christmas pun warna merah juga kan? Ada yang berpendapat kalau berkulit gelap tidak sesuai memakai warna merah. Betulkan pendapat itu?
Apa-apa pun,mari kita lihat gaya terbaik MERAH oleh selebriti kita.

Beauty and the beast kah? CuteCarry bersama denganmy dear Diana Danielle yang memakai dress merah. Very the contra in the world. Merah melambangkan rezeki atau ada ong dan CuteCarry yang berangan tepi senyum tu pakai hitam kan… tetapppp

Di in Khairi Sufi. It is simple, effortless and D looking gorgeous and fabulous and don’t you think with that hair and very very very basic make up she looks divine and pure? Almost like a fairy tale story, “A girl in RED DRESS with no make up in Wonderland”.. pandai-pandai je CuteCarry reka tajuk cerita!!!


Dynas wearing his own dress at Miss Universe Malaysia coronation party. Ini bukan sponsor-sponsor. Boleh dikira kategori merah jugaklah baju Dynas ini. Clutching mathing clutch and also head band. Too much red here? But she can carry this look. Remember, not everyone can carry like how she did it.

CuteCarry with Dynas.

Persoalannya, adakah hanya orang yang berkulit cerah sahaja boleh memakai warna merah?

JAWANPAN CUTECARRY: TIDAK SEMESTINYA!!!!

Warna merah juga sesuai dipakai oleh mereka yang berkulit gelap tetapi janganlah memakai merah yang terlalu menyerlah.Pilih merah yang agak gelap supaya sesuai dengan tona kulit.

Naomi in Valentino

Designer yang paling sinonim dengan warna merah ialah Valentino. Warna merah Valentino telah menjadi ikon kepada pereka ini. Warna merah Valentino bukannya warna meram menyala boom boom tetapi lebih kepada warna merah yang sedikit gelap. One word: CLASSY!!!! FYI.. Valentino ada line yang namanya R.E.D Valentino.

Kepada yang tidak yakin untuk memakai baju warna merah, mulakan sikit-sikit. Mungkin baju merah dipadankan dengan seluar hitam ataupun baju merah dipakai dibawah jaket. Jika ada rasa lebih yakin dan selesa dengan warna merah, baru boleh mula pakai lebih

CuteCarry Personaliti Pilihan Jelita Februari 2011

Thank you, thank you to Jelita team, terutamanya Nurul Hazirah dan editor Kak Emma Husin (dan juga photographer Firdaus kerana gambarnya!!!) kerana telah memilih saya menjadi Personaliti Pilihan untuk majalah Jelita Februari 2011.

It is an honour to be on two pages of this most distinguish magazine in Malaysia. A big one for me as a fashion blogger in Malaysia.

I love everything, from the words to the photos. Ini bukan bodek (sumpah haram bukan bodek!) tetapi ikhlas. Ia betul-betul menggambarkan diriku ini (terutama part umur tu:- face the reality Hafiz oooi…kau ingat kau muda lagi ke?).

Editornya ialah Emma Husin yang memang editor yang berpengalaman. CuteCarry memang membaca tulisan kak Emma sejak daripada zaman sekolah lagi!

Beli Majalah Jelita ye. Takdenya rugi duit korang, memang macam-macam maklumat boleh didapati dalam majalah ini.

Tolong beli sekarang jika anda sayangkan saya (matilah blogger kuat berangan!!!!)