Monthly Archives: May 2012

Alexander McQueen Heroine Bag

Little black dress.. it can be boring if it is too basic. Little black bag..it can be boring if it is too plain.

With a little twist, Heroine bag by Alexander Mcqueen, she stuck between classic and modern and  quintessentially McQueen. Carry Heroine with little simple coloured dress. Classic edgy.

Damage: Probably around RM7500 and above. (salah jangan marah..)

CuteCarry dipilih Vice President (Marketing) Association of Image Consultants International (Malaysia Chapter)

Ia adalah satu penghormatan buat CuteCarry bila dipilih sebagai Vice President (Marketing) untuk Association of Image Consultants International (AICI) Malaysia. AICI adalah satu organisasi untuk perunding-perunding imej dan pelbagai aktiviti telah dirancang untuk ahli-ahlinya.

CuteCarry telah bekerja selama beberapa tahun sebagai perunding imej, bermula daripada zero dan hanya bersandarkan kepada minat. CuteCarry bukanlah ada degree in fashion atau sewaktu dengannya (I am Bachelor Degree in Accountancy holder) tetapi disebabkan passion yang terlalu mendalam dalam  bidang ini, terus join in this business. CuteCarry hadiri banyak kelas-kelas untuk belajar dan juga melalui pembacaan dan pemerhatian.  Kiranya aktif jugalah dalam AICI ini. Daripada ahli biasa sehinggalah dipilih jadi Board Member.I am grateful,Alhamdulillah..

Tetapi perniagaan CuteCarry ini tiadalah seberapa jika tanpa blog ini.

CUTECARRY.COM

I don’t even have a marketing people. Hampir 90% daripada pelanggan mengetahui tentang perkhidmatan CuteCarry melalui CuteCarry.com. I am nothing without this blog.

Teringat zaman mula-mula buat blog..jika diberi pilihan naik time machine kembali ke zaman mula-mula buat blog dan memperkenalkan blog dan business, rasanya TAK SANGGUP!!! Prosesnya terlalu meletihkan.

But, now I will work harder. Like really really hard.

Untuk khidmat konsultasi CuteCarry dan BERMINAT MENYERTAI AICI boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397  atau click here

CuteCarry bersama Presiden AICI ialah Aziah Jasmin (bekas pembaca berita Tv3).

Oh… pada malam itu juga CuteCarry dipilih sebagai best dressed!! GREAT…saksikan saat-saat kegemilangan (sambil laungkan lihatlah dunia!!)

Top 4!!!

Question and answer. Soalannya ialah someting between nak pilih jadi cantik atau pandai ..of course ambil cantik!!!

Saat-saat pengumuman pemenang… Feeling!!!

I am wering Malaysian designer,Nik Erwan Roseli.

Speech by former President, Sheila Wong

 

 

Kurangkan gula untuk kurus

CuteCarry akan cuba update tentang keinginan CuteCarry turunkan berat badan kepada 68.

Antara yang dibuat ialah dengan mengurangkan gula. So, green tea instead of teh tarik.Berat badan kekal 71kg, height 180 cm..kita tunggu nanti, target 68kg!!

Nak tahu kisah kenapa CuteCarry gila-gila nak turunkan berat badan, sila click disini.

 

Berat badan CuteCarry naik 6 kilo!!

Ini adalah gambar CuteCarry yang terbaru. Nampak gemuk tak?

Mungkin ada yang kata gemuk dan mungkin ada yang kata memang sesuai tetapi sebenarnya CuteCarry rasa macam gemuk!! Ketinggian CuteCarry adalah sekitar 180 cm manakala berat adalah 71kg!! Kalau tidak salah CuteCarry, berat ini adalah normal untuk ketinggian. Kes ini mendapat perhatian dua kategori manusia  iaitu

Golongan 1: “Oklah berat cam ni, tak mau kurus-kurus sangat”

Golongan 2: “muka nampak chubby, apa jadi ni CuteCarry?”. (selalunya golongan ini adalah orang fesyen tegar)

Walaupun CuteCarry bukanlah orang yang senang-senang nak ambil peduli apa orang lain kata, tetapi bila melibatkan berat badan ni sedikit sensitif pula. Kerjaya CuteCarry yang memerlukan tampil di khalayak ketika event ataupun mengadakan talk/conducting class dan penampilan adalah satu tekanan besar. Jika anda berada ditempat CuteCarry, semua benda yang tidak sesuai akan terbonjol (contoh terbaik lebihan perut yang naik 0.5 inci) akan menjadi perhatian. Tetapi sebagai perunding imej,  ramai yang tidak nampak kerana CuteCarry kan kerja adalah menasihati orang supaya pandai cover, so diri sendiri kenalah cover juga.

Sebab itulah juga ramai yang kata CuteCarry kurus  !!

Berat badan CuteCarry adalah  normal sekarang, jika beberapa bulan dahulu  65kg , nampak tulang pipi naik,punggung dan perut flat dan pakai baju apa pun boleh tetapi sekarang pipi macam chubby sikit, perut kena jaga dan punggung naik. Ramai yang kata suka tengok CuteCarry dengan bentuk badan ini tetapi hati ku berkata

“FOR GOD SAKE I AM 71KG!”

Kenapakah berat badan CuteCarry dengan hebatnya naik sejajar dengan kenaikan harga barang Malaysia?

Sebabnya ialah beberapa bulan yang lepas CuteCarry mula makan seperti normal. Ini adalah kerana jika tidak makan, Cutecarry akan rasa loya-loya dan doktor mengasyaki tanda-tanda awal gastrik. So, I eat normalay like bihun for  breakfast, lunch (nasi and lots of carbo), tea (carb again) and dinner (probably carb)..and teh tarik!

Oh..did I tell you I am snacking in between?

Juga mungkin faktor umur…. (tak tau nak kata apa dah…).

Banyak baju yang tidak boleh dipakai. Apalah guna hidup ini jika baju yang dibeli ketat, seluar jika dipakai jadi macam buah cempedak di luar pagar dan muka kena teknik senyum yang betul supaya nampak high cheek bone.

Give me back my cheekbone!

Berazam untuk mendapatkan kembali tulang pipi seperti dahulu, CuteCarry telah mengambil langkah untuk menurunkan berat badan. Bermula pada hari ini, CuteCarry hanya mengambil makanan yang perlu sahaja seperti

i.sebungkus bihun, nescafe and soya bean for breakfast (big )

ii. Fish burger from Bakers Cottage and green tea for lunch (mild)

iii. sebiji kuih for tea (snack)

iv. Two slice of Butterscoth bread, soya bean and wheat grass juice for dinner (light)

Lots, lots and lots of plain water.

CuteCarry juga workout sekitar setengah jam.

Berat sekarang adalah sekitar 72 kg. Mari kita lihat akan adakah perubahan sejajar dengan perubahan gaya hidup dan gaya makan!!

Esok kena bangun jam 5.30 pagi untuk workout. Wait for my next entry!!

 

Jeans yang tidak sesuai untuk kaki/betis besar!

CuteCarry wearing skinny jeans.

CuteCarry banyak menerima pertanyaan daripada client berkenaan dengan bagaimanakah untuk menampakkan kaki/betis supaya nampak lebih kecil.Selain daripada anda perlu kurangkan nasi lemak dan roti canai dan bersenam tidak hent-henti selama 3 bulan, ada satu penyelesaian yang mudah iaitu JANGAN MEMAKAI JEANS YANG BERWARNA TERANG, KUSAM, FADED ATAU MEMPUNYAI APA-APA DETAILS.

Jeans jenis diatas akan membuatkan anda nampak lebih gemuk dan punggung nampak lebih besar. Jika anda mempunyai betis besar dan mempunyai jeans-jeans diatas, sila derma, buang, bakar atau jual sebagai preloved kat FB.

Alternatif, pakailah jeans yang berwarna gelap tanpa sebarang details.

Untuk khidmat konsultasi CuteCarry boleh email cutecarry@yahoo.com atau telefon 0193290397  atau click here

Official opening of BEN Independent Grocer (B.I.G). MALAYSIA’S FIRST CONCEPT SUPERMARKET

When OVERDRESSED can be UNDERSTATEMENT! It is happened that I am among the first one to arrive and I thought I’m overdressed. It’s a grocery store opening and I am wearing my skinny, Gucci shades, Dolce and Gabbana tote, Red Herring leather jacket from Debenhams and high cut techno sneakers. I am so wrong when the guests keep coming and list of wear from Herve Leger, Chanel 2.55, Gucci, Marc by Marc Jacobs dressed, Louboutin, Fendi Peek a Boo to our own local designers, Betty Rahmad to Amir Luqman!

Did I just mention the grocery store opening? A high end indeed!

The BIG Group’s bustling namesake, B.I.G. is dedicated to purveying quality produce.  This concept supermarket is not your average grocery store, offering the urban family a perfect avenue to eat, drink and shop simultaneously. Covering an area of 50,000 square feet within Publika at Solaris Dutamas (behind Masjid Wilayah,Jalan Duta), the supermarket also houses several eateries under the B.I.G. umbrella, including Plan b Roasters, Ben’s General Food Store and B’wiched, all supported by group’s central kitchen, also within the same location.

Makan first (luv the pizza, salad and cendol and then post party at 10. It’s an early exit for me cos I’ve to rush to Penang for talk. Unable to join the party but I heard its really happening. Congrats to BEN and Salina & Associates PR Sdn Bhd for such great party.

Ingat lagi Asha Gill?Former MTV Vjay and Travel and Living? Terjumpa Asha yang still cantik dan ramah, dia sedang sibuk jaga  anaknya.

AF Vince Chong goes black and skinny white.

Amir Luqman wearing her own (Amir Luqman 2013) and Fendi PeekABoo. Sebenarnya CuteCarry terserempak dengan Amir di KLCC sebelum party. dia di sana untuk ambil beg yang telah ditempah. Terus pakai ke party.Class!!!

Chelsia Ng

Azura Zainal. Read her blog here.

CuteCarry with Bon Zainal. He is so busy with BDA concept retail store in Langkawi. He said I’ll be invited to Langkawi for the opening. Great..can’t wait.

Yasmin hani with hubby Shahrin. She is wearing Betty Rahmad.seriously meletop. One of her best looks ever!

And the team from Salina and Associate.

The lady herself, Salina Yeop.

Shaiful Nizam Mukhelas. echinggg…hahhaahah

Ilya Qastalanni yang sentiasa sexy.PR girl yang hebat bekerja keras berlari kesana kemari dalam dress and heels.  Takpe..kalau jatuh mesti ramai nak tolong kannnn!!!