Tips untuk gigi nampak putih bak Fazura si Duta Golgate!
28 Februari 2013Ombak ganas ala tsunami yang menyamankan di Cherating!!
3 Mac 2013Kali ini kita lari daripada fesyen dan lifestyle!
CuteCarry amat sedih dengan berita pengorbanan pejuang-pejuang kita di Lahad Datu. Kedaulatan kita telah tergugat kerana kumpulan penceroboh daripada Filipina yang cuba merampas bahagian yang dikatakan kepunyaan mereka. Malaysia ini dikira baiklah juga, kita berunding dan bagi mereka peluang untuk berundur tetapi mereka ini memang degil. Kalau di sesetengah negara mungkin tiada rundingan dah, mungkin mereka dah kena bom awal-awal lagi. Nampaknya senangnya orang menceroboh negara kita ya! (sorry emo sikit!) .
Akhirnya terjadilah pertempuran dan sehingga entry ini ditulis, 3 orang parajurit kita terkorban!
Senarai yang terkorban ialah :
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)
4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di
tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli
(cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan
di Hospital Sandakan)
Al-Fatihah
Tetapi ada pihak yang cuba mempolitikkan perkara ini. Perlukah dipolitukkan hal-hal sebegini? Adakah sesuatu perkara yang bijak kerana cuba mempolitikkan perkara yang melibatkan hidup mati. Seorang ustazah juga meroyan dalam twitter iaitu Abby abadi!!! Walaupun CuteCarry meluat dengan dia dan unfollow tetapi terbaca kisah dia dalam satu blog yang mempolitikkan keadaan. Dulu dia meroyan pasal Gaza sekarang ni pasal Lahad Datu.. ustazah, Cutecarry rasa anda patut mengucap!
Video di Lahad Datu