
FASHION DESIGNER PILIHAN DATO SRI SITINURHALIZA.
11 Oktober 2018
BAJU PEPLUM FORMAL KE?
11 Oktober 2018
Menjadi masalah jika kita berbadan pendek dan memiliki aset extra seperti perut yang buncit dan punggung yang lebar. Paling mengerikan bila memilih potongan seluar yang salah. Perit!
Kebiasaanya badan besar memiliki perut yang buncit atau memiliki punggung yang lebar. Itu tidak boleh dielak..
Ini adalah tips pemilihan yang betul beserta penerangan lengkap:
1. BENTUK APPLE:
-Pilih fabrik tidak terlalu berat, dan tidak melekat, Elakkan sarin, lycra, jersey, sutera thai, shantung yang terlalu melekap.
-Pilih kain sifon, sutera, kapas dan renda. Pakai legging.
-Elakkan corak atau hiasan dibahagian perut.
-Pilih corak kecil, dan corak sama rata, pilih pakaian satu warna untuk ilusi seimbang atas dan bawah
-Elakkan seluar jerut atau lipat dikaki. pilih seluar cawat tinggi.
2. BENTUK PEAR: Boot cut
-Pilih seluar slack gelap, Elakkan warna lusuh atau berwarna cerah untuk mengelakkan kaki nampak lebih besar.
-Elakkan banyak poket seperri seluar kargo, seluar yang berbunga besar, Tiada perincian dibahagian punggung.
-Elakkan sekuar mempunyai tappered dan berlipat, Jika seluar panjang potong betul-betul menutup buku lali. Pilih material strechhable.
3. BENTUK HOURGLASS:
-Pilih potongan beralun/ flare.
-Seluar palazzo pilihan terbaik.
4. BENTUJ RECTANGLE.
-Pilih fabrik yang lembut dan beralun, pilih warna lembut.
Antara masalah aset besar, apabila membeli seluar, ambillah saiz yang kita selesa dan muat.Walaupun sedikit besar, alter baju sehingga kemas dan terletak.
Kalau malas, baju dan seluar akan mengelebeh. Jika tidak, silalah tempah. Lebih baik dari anda membuang masa mengalter baju dan seluar.
*Sila lihat cermin untuk mengetahui bentuk badan dalam pemilihan seluar yang betul.
Kredit Gambar: Google
Untuk jemputan mengendalikan seminar.
019 337 6807
019 329 0397
03 8940 6807
Hubungi : training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com