
Ambuyat atau Linut?
7 Ogos 2017
AKAUNTAN ORANG BOSAN?
8 Ogos 2017
Sebelum ni #cutecarry berkongsi tips GAYA TUDUNG MENGIKUT BENTUK MUKA di sini http://www.cutecarry.com/tips/gaya-tudung-mengikut-bentuk-muka/
Tak adil rasanya tidak berkongsi untuk LELAKI kan?
Rambut adalah mahkota wanita atau lelaki. Bentuk wajah boleh berubah dengan hanya mengubah gaya atau potongan rambut.
Samada anda seorang wanita bertudung ataupun seorang lelaki yang selesa dengan kepala botak, percayalah pada “kuasa rambut”.
Bukan semua lelaki nampak macho dan cool dengan rambut botak. Silap-silap nampak seperti Upin dan Ipin pula!
Bujur
Model dan pelakon kebanyakannya mempunyai muka bentuk bujur. Lelaki yang mempunyai wajah bujur seperti ini selalunya sesuai dengan pelbagai jenis gaya rambut.
Empat segi (SQUARE)
Wajah ini dilabelkan sebagai maskulin. Jika anda lihat watak pahlawan atau orang yang ganas didalam filem, selalunya wajah mereka berbentuk empat segi. Gaya rambut yang sesuai adalah pendek bersesuai dengan wajah bentuk ini.
Oblong/panjang. (OBLONG)
Jika anda kurang pasti tentang bentuk wajah ini bayangkan burger oblong. Ia berbentuk bujur tetapi lebih panjang. Rambut seharusnya tidak dipotong terlalu nipis di bahagian tepi kerana ia akan membautkan wajah nampak lebih panjang. Rambut yang sesuai adalah sedikit volume volume ataupun fringe dibahagian dahi.
Bulat (ROUND)
Lelaki berwajah bulat seharusnya tidak memilih potongan rambut yang dibelah di tengah-tengah. Potongan rambut yang sesuai ialah belahan dibahagian tepi dengan sedikit tercacak (spiky) di bahagian atas. Cacak tersebut disesuaikan dengan bentuk muka dan acara.
Bentuk hati (Diamond)
Lelaki berwajah ini selalunya mempunyai dahi yang agak lebar oleh itu rambut seharusnya tidak dipotong terlalu pendek. Belahan rambut adalah daripada bahagian tepi.
Tiga segi (Triangle)
Lelaki seperti ini mempunyai rahang yang agak lebar dibahagian bawah. Gaya rambut terlalu pendek akan menyebabkan wajah tampak tembam. Gaya rambut yang sesuai adalah jangan terlalu pendek, nipis dibahagian tepi dan terpacak. Potongan rambut seharusnya ada sedikit fringe dibahagian dahi.
LIKE jika suka, SHARE untuk manfaat bersama
Banyak lagi tips:
http://buku.cutecarry.com/
Buku Gaya Untuk Berjaya.
RM50 plus delivery RM7 = RM57
Bank in CIMB 8007398059 CuteCarry Sdn Bhd dan watsapp details pada 019 337 6807
www.wasap.my/60193376807/bukucutecarry
Berminat mengendalikan kursus atau seminar di tempat anda hubungi 019 337 6807 atau 03 8940 6807
Layari http://www.cutecarry.com