
Hendak jawab apa waktu temuduga?
17 September 2020
PKP-Satu permulaan baharu
18 September 2020Self-grooming ialah merupakan usaha dalam menjaga penampilan diri agar kelihatan lebih berkaliber dan yakin. Walau hebat macam mana pun hasil kerja kita, jika penampilan tidak terjaga, mungkin clients yang berpotensi tidak akan tertarik dengan servis yang ditawarkan. Oleh itu, kita harus sentiasa meningkatkan usaha dalam menjaga penampilan ibarat pepatah orang putih , “make us brand new” agar penampilan dapat menjadi aset dan daya penarik untuk bersaing dengan pasaran semasa.
Minggu lepas, Hafiz Mustapha dari CuteCarry mendapat peluang untuk menumpahkan ilmu di jabatan institusi-institusi pengajian seperti Bahagian Governan IPT JPT, Putrajaya dan Malaysia Japan Higher Education. Mungkin kerana mereka mempunyai kesedaran untuk sentiasa meningkatkan mutu persembahan diri di khalayak ramai secara langsung dapat menjadi ‘role model’ contohnya kepada anak muda yang bakal menerajui masa depan negara kelak.

Menyedari akan kepentingan self-grooming, saya telah dipanggil lagi oleh pihak Malaysia Japan Higher Education di Beranang untuk memberi seminar buat kali ketiga di sana. Antara topik yang dikupas dan menjadi kegemaran ramai ialah protokol, etiquette, dan komunikasi kerana perkara berkenaan selalu diambil mudah tetapi ternyata memberi impak yang besar dalam menjalankan tugas dengan lebih efisyen jika diamalkan mengikut guidelines yang saya gariskan.
Good grooming is a must and integral. If you don’t look the part, no one will want to give you time or money
Daymond John