Bangun tidur lambat hidup susah!
27 Oktober 2015Kebakaran…..
2 November 2015Setiap tempat ada branding atau penjenamaan tersendiri. Jika tiada branding maka tempat tersebut akan kurang tarikan kerana tiada keistimewaan. Soalan saya, ada apa dengan Tawau?
Ini bukanlah julung kalinya saya ke Tawau. Saya pernah ke sini tetapi suatu ketika masa dahulu, terlalu lama untuk diingat. Kini saya kembali melawat Tawau untuk menganjurkan kursus IMEJ, Protokol dan Etiket Sosial untuk Bahagian Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Gambar ini diambil pada jam 6.30 pagi dan cahaya sudah mula menyinari bumi Tawau. Saya kurang pasti tetapi pada pandangan saya ini ialah ikan layaran. Ia mungkin berkaitan dengan pelancongan Tawau dan kekayaan hasil laut. Mungkin juga sport fishing yang menjadi aktiviti utama disini. (Sport fishing ialah memancing untuk hobi atau sukan dan bukan untuk mendapat keuntungan. Ikan tersebut akan dilepaskan semua ke habitat asal. Ikan yang dipancing bukan untuk dibawa balik kerumah kemudian dijadikan gulai!)
Jika ke Tawau, jangan lupa untuk cuba mee tauhu.
Juga nasi lalap. Ia adalah nasi yang dihidangkan bersama ayam dan sayur. ‘Bintang utama’ didalam nasi lalap ialah sambal belancannya. Saya mencuba nasi goreng lalap di Hotel Marco Polo. Best!
Selesai jogging pada pagi hari terjumpa dengan tempat ini.
Nasi kuning dengan sambal ikan kayu daun pisang.
Beli depan stesen bas Tawau. Banyak stall so I bernasib baik dapat nasi yg sedap ni!!
Cadangan saya apa kata anda datang sendiri ke Tawau dan rasainya keseronokannya. Saya dengar aktiviti terbaik ialah island hopping dan relax di pulau-pulau berdekatan. Tidak perlu ke luar negara, di sini pun pemandangannya kalah pulau-pulau lain didunia.
Banyak flight…jangan risau!!
Thank you Puan Asriah Shaari, Pengarah Komunikasi Korporat LHDN for your trust and for me to conduct the training for your staffs. Puan pun join sekali sebagai peserta. Best sangat.
Thank you semua!!
Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, Neuro Linguistic Programming (NLP), team building, 5s, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini
Senarai pelanggan sila klik disini.
Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini
Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015
Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA
ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA.