
KOLEKSI HANDBAG CHLOE PILIHAN CUTECARRY
5 Februari 2020
SEBATU DAH NAMPAK
6 Februari 2020Perjalanan ke Kota Bharu, baru-baru ni buat saya rasa tenang dengan pemandangan laut dan seronok menikmati makanan yang sedap-sedap belaka. Kenangan yang tidak akan dilupakan, CuteCarry telah bersama pelajar Politeknik Kota Bharu berkongsi ilmu mengenai Protokol dan Etiket.

Best kan jika setiap hari bangun tidur view macam ni.
Good morning Pantai Cinta Berahi, Kelantan! I prefer the old name, Passionate Love Beach ❤
Di Kota Bharu saya telah terjumpa mee celup yang paling sedap. Ianya telah dijenamakan sebagai Med Celup Golok , sememangnya ia menjadi igauan saya ketika di Kuala Lumpur. Anda juga patut cuba nasi air Bangkok. Kedai usahawan Melayu ini terletak sekitar 100 meter dari pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Saya tidak ingat nama tapi jika ia adalah jarak berjalan kaki, hanya pusing kiri anda tidak perlu melintas jalan.

Seronok CuteCarry melayan kerenah dan gelagat pelajar Politeknik Kota Bharu ! Jumpa lagi nanti 🙂
p/s : Semoga ilmu yang dikongsi bersama pelajar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan dan kerjaya mereka kelak. Amin.
Berminat untuk menjemput CuteCarry sebagai pelatih dan penceramah di universiti/syarikat anda? Hubungi CuteCarry untuk keterangan lanjut.
