Kisah grooming ahli politik…..

Imej ideal bukan bermaksud perlu bergaya seperti selebriti yang menjadi pujaan. Ia membawa maksud imej yang sesuai dengan sifat semulajadi seseorang. Saya telah menjadi perunding imej sejak bertahun dan telah memberi konsultasi kepada pelbagai jenis pelanggan. Saya pelajari sesuatu iaitu kita tidak boleh mengubah sifat seseorang. Sifat ini bukanlah bermaksud hasad dengki, jahat, baik, pemurah dan sebagainya tetapi gaya seseorang. Saya mengkategorikan kepada gaya klasik, chic/trendy, casual, whimsical, feminine atau dramatic. Jika saya cuba mengubah seseorang jadi orang lain, hasil tidak menjadi seperti yang diingini. Contohnya, salah seorang pelanggan saya seorang ahli politik (identiti dirahsiakan) mempunyai gaya terlalu casual. Kadang kala beliau nampak terlalu santai. Ia mungkin sesuai untuk orang-orang atau pengikut di kawasan pengundi beliau tetapi tidak untuk sesetengah acara. Oleh itu, beliau meminta saya menasihati beliau. Saya telah mencuba beberapa gaya dan cuba supaya dia nampak chic tetapi dia tidak selesa.

Akhirnya, saya tone down kan sikit cara saya. Contohnya beliau selesa dengan jeans ke mana-mana. Saya tukarkan jeans-jenis beliau yang agak lusuh, oversized dan membuatkan dia nampak kurang kemas kepada jeans warna hitam dan biru gelap yang lebih fitted tetapi bukan ketat.  Beliau nampak lebih selesa, moden dan nampak muda.  Ahli politik tersebut mula berasa selesa dan akhirnya baru beliau mula menerima nasihat saya. Beliau mula mengenakan pakaian yang telah saya belikan dan mula berasa selesa.

Rakan-rakan ahli politik yang lain juga menyatakan beliau nampak lebih muda (itu yang dia beritahu pada saya!)

Gembiranya saya….

Itu adalah contoh bahawa kita tidak boleh mengubah sifat seseorang. Kita hanya boleh menyesuaikan dengan budaya, acara dan keadaan. Jangan paksa diri untuk terlalu berubah kerana nanti anda akan rasa tidak selesa.

Idealize your style and be yourself.

Itu adalah antara pesanan saya kepada pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau Perlis. Just be yourself but remember you have to follow certain rules.

Terima kasih kepada mereka kerana menjemput saya, siap buat poster lagi!

Kursus ini adalah anjuran Diploma Sains Kesetiausahan.

 

Fine Dining Session.

 

Itu bukan jerebut. Itu adalah kabus pagi di kawasan kampus disini. Tenang kan?

Thank you bergambar dengan saya!

 

Maklumbalas positif…

Thank you semua!

Ingin menganjurkan kursus ditempat anda? Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, team building, 5s, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.

Hubungi  talian 0193290397 atau 0194432763 (Hidayah Pembantu kepada CuteCarry)

Maklumat lanjut  training@cutecarry.com atau  cutecarry@yahoo.com

 Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini

Senarai pelanggan sila klik disini.

Maklumat mengenai pemilik dan pelatih/trainer sila klik disini 

 Instagram sila click CuteCarry dan fanpage FB sila click CuteCarry

Tawaran Istimewa bersama CuteCarry untuk kursus 2015

Jika nilai harga perkhidmatan terkumpul organisasi anda bersama Syarikat CuteCarry dalam tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Disember 2015:-
i. melebihi RM20,000, organisasi anda layak mendapat kursus SETENGAH HARI PERCUMA

ii. melebihi RM30,000 organisasi anda layak mendapat kursus SEHARI PERCUMA.