Peniaga pasar malam pun kena ada IMEJ
22 December 2015Kuala Kerai selepas bencana banjir
29 January 2016Selamat Tahun Baru 2016.
Mungkin agak lewat bagi saya mengucapkannya tetapi saya tidak pernah melupakan anda semua. Terima kasih diucapkan. Saya berada diluar negara selama 20 hari dan menyambut tahun baru di tempat orang dan menjadi pengalaman terbaik sepanjang hidup saya.
Peluang dijemput oleh Yang Maha Esa untuk ke tiga tempat paling suci masyarakat Islam tidak akan saya lupakan.
Percutian akhir tahun saya bermula dengan Jerusalem untuk melawat negara Palestine yang telah diduduki oleh Israel.
Yg dalam gambar tu bukan askar zionis tau tapi gambar passport I dan slip masuk Israel baru-baru ni.
Selamat ke? Sepanjang I ke sana mmg selamat. Layanan pun ok je dan askar-askar Israel tak kacau pun.
Askar Israel jaga pintu masuk utama termasuklah pintu ke Masjid Al Aqsa.
Bila nak masuk dia siap tanya cakap lagi..
“Only for muslim.. you cannot enter”.
Bila I cakap “Malaysia”.. terus dia cakap “ohhhh…. ok ok can can enter”.
If pelancong nak masuk dia tak kisah tapi jika Palestine nak sembahyang kena tunjukkan ID. Kesian kan?
Orang-orang sana tak kira bangsa Palestine atau bukan memang respect orang Malaysia. Bangga iols.
Terasa amat selamat berjalan-jalan di Jerusalem..
So.. jija berminat nak je Palestine occupied by Israeli you can call or whatsapp my agent 0193801153 (Jamaluddin).
Teruja kerana dapat beberapa kali menunaikan solat bersama warga Palestine di Masjid Al Aqsa. Memasuki ke negara ini adalah pengalaman yang amat berharga kerana terpaksa melalui beberapa check-point oleh tentera Israel. Walaubagaimanapun, semuanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.
Dome of Rock yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al Aqsa. Disinilah dipercayai berlakunya kisah Israk Mikraj.
Saya juga berpeluang untuk melawat bandar tertua didunia iaitu Jericho. Ia memang menjadi tempat idaman saya sejak daripada dahulu.
Jericho dan Jerusalem juga menjadi tempat bersejarah untuk agama-agama didunia seperti Islam, Kristian dan Judaism (Yahudi).
Tahun ini dijemput sekali lagi untuk ke menunaikan haji di tanah suci dan kemudian ke Madinah. Alhamdulillah.
Selesa menunaikan umrah, saya menyambung cuti ke Jordan. Ia adalah negara yang telah berada dalam senarai ‘bucket list’ setelah sekian lama.
Jordan adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah dan saya berada seminggu mengembara dan menjejaki tinggalan Jordan.
Petra adalah salah satu antara Tujuh Keajaiban Dunia. Ia adalah kota yang dibina dengan menarah gunung-gunung oleh Arab Nabatean yang mendiami Petra sejak ribuan tahun dahulu.
Pengalaman yang tidak akan saya lupakan ialah keramahan kaum Badawi yang mendiami kawasan Petra. Walaupun saling tidak mengenali, dua wanita Badawi menjemput saya minum teh dibawah khemah. Priceless!
Cave of the seven sleepers.Ditemui oleh ahli arkeologi Jordan pada 1963.
Surah Ah Kahfi, inilah asalnya. Ia berusua 2200 tahun. Ini adalah lokasi dimana kisah sekumpulan pemuda dan anjing yg lari daripada kekejaman tentera Rom tetapi tertidur selama lebih 309 tahun didalam gua ini. Bila mereka bangun tiada lagi kerajaan yg jahat dan kemudian mereka meninggal dunia semula. Terdapat 7 makam didalam gua ini dan dipercayai makam milik 7 orang pemuda tersebut.
Saya telah melawat hampir kesemua tempat-tempat bersejarah di Jordan… north south east west of Jordan
Magical wonder Petra to strong Ajloun Castle & Kerak, ancient Rome Jerash and memorable makams.
Tq to Rome, Mamluk & Uthmaniyah empire.
Pelbagai sejarah saya telah belajar.Arab Nabatean era to Christianity/crusader to Islamic history.
Tqvm for the food and culture.
Thanks to Cave of Seven Sleepers Al Kahfi.
Thank you super salty Dead Sea and historic Red Sea.
Last but not least, Tq to high exchange rate (I hafal sifir kali 6) and also freezing negative celcius snow. Lol.
Sebenarnya banyak lagi pengalaman saya di Jordan. Banyak juga budaya dan ilmu yang saya timba. Saya akan kongsikan bersama-sama dengan peserta yang menghadiri kursus bersama CuteCarry.
Jika ingin melawat Jordan, boleh klik link ini. Agen yang menguruskan percutian saya ketika di sana.
Tahun 2015 juga meninggalkan kenangan manis pada saya.
Saya masih ingat di tahun 2014, selepas solat di Masjid Biru (Blue Mosque) di Istanbul saya cakap pada kawan yg pada tahun 2015 saya nak travel walaupun busy dengan business.
Hati-hati apa yg kita cakapkan…..
:New Year 2015 holiday in Turkey
:Birthday party in Egypt
:Raya Haji/Aidiladha in Cambodia
:Visiting Palestine occupied by Israeli
:Umrah in Saudi Arabia
:New Year 2016 holiday in Jordan
Always be positive in life. I am the happiest person on earth. Jika tak happy pun I cuba buat-buat happy.
Jika anda fikir negatif, negatif la jawabnya. Jika fikir takde duit nak travel, memang duit takkan ada. You are what you think.
Jika tengok orang post travel sana sini dan terus fikir orang tu berlagak, bermakna fikiran anda sangat negatif. Such a sick feeling with hate & regret.
Cuba tukar perasaan kepada motivasi untuk kerja lebih kuat supaya ada kemampuan untuk travel spt orang lain. Jika tak boleh control jugak fikiran tu, pi berendam sampai kecut kat mana-mana kolah surau. Bagi hantu setan tu pun kecut sekali. Lol.
I will work harder in 2016. Life is all about taking chances.
Pelbagai kursus ditawarka sepanjang tahun 2016 untuk anda. Kepakaran kami adalah didalam bidang IMEJ, Ketrampilan, komunikasi, protokol, perhubungan awam, etiket, penganjuran majlis, motivasi, Neuro Linguistic Programming (NLP), team building, 5s, EKSA dan bidang-bidang yang berkaitan. Modul kursus boleh diubah mengikut keperluan urusetia.
Hubungi talian 0193290397 atau 012 473 3545
Maklumat lanjut training@cutecarry.com atau cutecarry@yahoo.com
Maklumat berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik disini