Anugerah Bintang Popular 09: RED. Merah itu garang!

Tema pada malam Anugerah Bintang Popular ialah Cetusan Warna. Kalau ingat warna mesti ada warna MERAH kan.
I love RED. Its striking and very recognizable.
Tapi kena hati-hati kalau tak kena warna merah, you’ll look WRONG, WRONG and WRONG!
Iron MAN in RED! Iz Suliani atau lebih dikenali sebagai Iz OIAM di dalam jaket yang ‘glittering’ oleh Amir Luqman. Antara jaket yang laing menonjol pada malam tu! Sapa berani nak dressing cam ni? Hanya fashionista IZ! Merah yang dipadankan dengan warna putih dan kuning nampak cantik jugak. I want to wear this dress but without the details. Bukan details tu tak cantik tapi saya memang tidak berapa suka details yang terlalu banyak pada baju saya. Menurut Iz ini adalah imej untuk album terbaru beliau! Yang paling saya makan hati ialah shades Iz iaitu daripada Maison Martin Margiela. Ohhhhhhhh… selama ni saya nampak dalam internet je tapi tengok Iz dah pakai. I want the shades so bad! Iz kata dia beli shades tu semasa dia Fashion Week di London (correct me if I’m wrong Iz!)

Syafie